30 Hari 30 Resepi Khairul Aming: Pulut Kuning

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi
  • Reading time:6 mins read
You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi Khairul Aming: Pulut Kuning

Hari tu min dah share mengenai rendang ayam betul tak. Haa kali ni min nak share macam mana nak masak pulut kuning pula. Pulut kuning ni simple je cara masak dia sebab kita akan kukuskan dia. Kita tak masak pulut kuning macam kita masak nasi tau. Resepi pulut kuning ni macam biasa datang dari Khairul Aming. Kalau korang nak tengok resepi masak rendang ayam style Khairul Aming boleh baca disini.
https://purpledurian.my/makan/resepi/30-hari-30-resepi-khairul-aming-rendang-1-ekor-ayam/

rendang ayam dan pulut kuning

Pulut kuning makan bersama rendang ayam style Khairul Aming memang sedap sangat. Resepi senang dan mudah jom kita cuba masak !

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras pulut (cari disini lebih mudah –> https://shope.ee/1q61gruVjE)
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 keping asam keping
  • 2 helai daun pandan
  • 1 kotak kecil santan (nak santan yang best disini –> https://shope.ee/9zRjPSN01U
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Loyang
  • Pengukus

Cara-cara:

basuh pulut

1. Mula-mula kita basuhkan 4 cawan beras pulut.

letak air dan serbuk kunyit

2. Letak air ke dalam beras pulut tadi sampai dia tenggelam dan masukkan 1 sudu makan serbuk kunyit.

letak asam keping

3. Gaulkan sampai sebati dan masukkan juga 1 keping asam keping. Kemudian, kita rendam beras pulut tu selama 3 jam.

masukkan dalam loyang yang ada pandan

4. Bila dah siap rendam dan beras pulut kita pun dah kembang buangkan air kunyit dan asam keping. Basuhkan beras pulut tu sikit sebab nak buang lebihan serbuk kunyit pada beras pulut. Lepas itu, kita sediakan 2 helai daun pandan dan loyang susun macam dalam gambar. Masukkan beras pulut yang kita dah rendam tadi ke dalam loyang.

ratakan pulut

5. Mampatkan beras pulut sampai penuh dalam loyang dan kukus selama 20 minit.

masuk perasa

6 . Sementara tunggu pulut dikukus korang ambil 1 kotak kecil santan dan masukkan 1/2 cawan air. Masukkan juga 1/2 sudu kecil garam, 1/2 sudu kecil gula dan 2 sudu makan minyak masak. Kacaukan sampai semua bahan ni sebati dan larut.

letak santan sikit

7. Bila pulut dah masak 20 minit pertama tu korang siramkan adunan santan dalam pulut tu sampai betul-betul merata. Ambil senduk nasi korang gaulkan sampai santan tu rata ke semua bahagian pulut.

kukus kan lagi

8. Bila dah rata korang mampatkan semula pulut dan kukus lagi pulut selama 20 minit.

dah siap pulut kuning

9. Lepas 20 minit siaplah kita punya pulut kuning yang lembut.

Lepas dah siap pulut kuning korang boleh lah hidangkan dan makan bersama rendang ayam yang kita buat sebelum ni atau korang nak makan dengan serundeng atau apa-apa lauk yang lain pun boleh. Memang sedap dan pulut kuning ni sesuai dengan semua jenis lauk. Lepas ni setiap kali raya mesti nampak pulut kuning sebab rasa dia yang lembut dan lemak tu memang sedap. Kalau korang nak tengok video resepi pulut kuning dari Khairul Aming ni boleh klik sini. Selamat mencuba dan selamat hari raya korang !