30 Hari 30 Resepi Khairul Aming: Popia Simpul dan Popia Seaweed

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi
  • Reading time:7 mins read
You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi Khairul Aming: Popia Simpul dan Popia Seaweed

Kita ni masih dalam tanda tanya bila lah nak raya ni kan. Ramai kata hari Jumaat dan ramai juga kata hari Sabtu. Tapi akhirnya, tarikh Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 22 April 2023 (Sabtu). Jadi korang masih sempat lagi kalau nak buat kuih raya. Ini kita panggil kuih raya last minit nama dia. Resepi yang Khairul Aming kongsikan ni sangat mudah dan cepat sahaja buatnya. Cuma perlu ada 3 bahan je untuk resepi ni. Kita akan buat kuih raya popia simpul dan popia seaweed. Tak sampai 1 jam kuih korang dah siap tau.

popia simple dan popia seaweed

Raya last minute jom kita buat popia simpul dan popia seaweed sebagai kuih raya tahun ini. Resepi yang mudah dan senang !

Bahan-bahan (Popia Simpul):

Cara-cara:

potong popia 8 bahagian

1. Mula-mula korang sediakan 1 pek kulit popia dan potongkan kulit popia kepada 8 bahagian macam dalam gambar. Lepas itu, korang carik kan kulit popia satu per satu.

sediakan serundeng readymade

2. Kemudian, ambil satu pek serundeng yang sudah siap. Ini tak kesah korang nak guna serundeng ayam ke daging semua boleh.

masukkan inti serundeng

3. Korang ambil satu keping kulit popia yang kita dah carik tadi. Masukkan serundeng ke dalam popia macam dalam gambar.

ikat popia

4. Bila dah letak korang gulung untuk tak bagi popia terkeluar dan ikat/simpul popia kemas-kemas. Jangan tarik kuat sangat nanti terkoyak pulak kulit popia tu.

siap popia simpul

5. Teruskan langkah yang sama untuk semua popia dan hasilnya akan jadi macam ini.

popia simpul

6. Lepas dah siap boleh lah kita gorengkan hingga masak dan garing. Kemudian, angkat dan tapiskan lebihan minyak.

Bahan-bahan (Popia Seaweed):

Cara-cara:

potong seaweed dua bahagian

1. Mula-mula potongkan seaweed kepada dua bahagian.

letak tepung dan air

2. Lepas tu ambil sedikit tepung gandum dalam 1-2 sudu macam tu campurkan dengan air dan kacau sampai dia cair macam dalam gambar. Ini sebagai gam untuk seaweed tu nanti.

letak gam tepung atas popia

3. Ambil satu keping besar kulit popia dan sapukan dengan gam tepung yang kita buat tadi.

lipatkan popia

4. Letakkan seaweed di satu bahagian dan lipatkan dengan popia macam dalam gambar ni. Korang tekan-tekan la biar dia melekar cantik. Buat habiskan semua satu pek kulit popia.

potong kepada beberapa bahagian

5. Bila dah melekat cantik korang potong kecil-kecil nak senang tengok dalam gambar tu. Haa macam tu lah korang kena potong tapi kalau nak buat bentuk lain pun boleh tak ada masalah tau korang.

popia seaweed siap goreng

6. Lepas itu, barulah kita gorengkan popia seaweed dalam minyak yang panas sampai dia masak dan garing. Tapiskan minyak siap kita punya popia seaweed.

Haa mudah je kan kita punya kuih raya last minit. Bahan pun ada 2-3 je memang senang sangat nak buat. Kalau korang rasa korang masih kekurangan kuih raya boleh lah cuba buat resepi ni sedap pun sedap tau. Apapun kalau korang nak tengok full video resepi dari Khairul Aming boleh tengok disini. Selamat mencuba korang dan selamat hari raya !