30 Hari 30 Resepi Khairul Aming: Nasi Tomato dan Acar

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi / Viral
  • Reading time:9 mins read
You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi Khairul Aming: Nasi Tomato dan Acar

Nasi tomato dan acar sesuai sangat nak buat masa raya nanti ataupun buat masa open house. Memang sedap weh makan pula dengan daging dendeng. Korang kalau nak tengok resepi daging dendeng ada dekat sini. Resepi nasi tomato dan acar dari Khairul Aming ni memang senang nak buat tau dan bahan mudah je nak cari.

daging dendeng nasi tomato

Makan Nasi Tomato dan Acar bersama Daging Dendeng memang terbaik. Jom kita cuba masak !

Bahan-bahan (Nasi Tomato):

  • 4 cawan beras bashmati
  • 3 sudu minyak sapi (Minyak sapi cari disini –> https://shope.ee/2Ais7JVOeO)
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari
  • 1 kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 3 buah pelaga
  • 3 bunga cengkih
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 kiub pati ayam (Kiub pati ayam korang boleh guna ini –> https://shope.ee/6fBHTgP2bC)
  • 4 sudu tomato puri dalam tin (Tomato puri yang sedap pilih yang ini –> https://shope.ee/qDUWvur5c)
  • 1 sudu gula
  • 1/3 sudu garam
  • 2 helai daun pandan
  • Bawang goreng
  • Daun ketumbar

Cara-cara:

basuh nasi

1. Mula-mula kita basuh beras bashmati dan rendamkan dalam air selama 30 minit.

tumis

2. Lepas itu tumiskan 3 sudu minyak sapi, 3 biji bawang besar dihiris nipis, 3 ulas bawang putih dihiris nipis, halia sebesar ibu cari, 1 kayu tumis, 3 biji bunga lawang, 3 biji buag laga, dan 3 biji bunga cengkih.

gaulkan sehingga masak

3. Tumiskan sehingga bawang layu dan tumisan naik bau.

masuk pati ayam

4. Masukkan 1/2 cawan susu air ke dalam tumisan tadi dan tambahkan 1 kiub pati ayam. Hancurkan tau sebab nanti senang dia nak larut.

masuk tomato puri

5. Kemudian,kacaukan lagi dan tambahkan 4 sudu tomato puri dalam tin.

masuk perasa

6. Masukkan juga perasa seperti garam dan gula. Kacaukan hingga sebati

masuk 2 helai daun pandan

7. Masukkan 2 helai daun pandan dan kacaukan.

masak nasi

8. Lepastu ambil beras bashmati kita tadi buangkan air dan masukkan beras dalam periuk nasi. Tambahkan 5 cawan air dan masukkan semua bahan yang ditumis tadi ke dalam nasi. Jangan lupa gaul sampai rata.

nasi tomato siap

9. Masak nasi seperti biasa bila dah masak tunggu dalam 10 ke 15 minit sebelum buka penutup nasi. Barulah korang keluarkan segala jenis bahan yang ada dalam nasi tu mcm kayu manis, daun pandan dan lain-lain.

hias nasi tomato

10. Nak lagi cantik kita plating letak daun ketumbar dan bawang goreng barulah cantik.

Bahan-bahan (Acar):

  • Lobak merah
  • Cili besar merah
  • Timun
  • Bawang merah
  • 6 sudu cuka
  • 3 sudu gula
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:

potongkan sayur

1. Mula-mula potongkan lobak merah, bawang merah, cili besar merah dan timun.

perasa acar sayur

2. Lepas itu, ambil semua bahan yang dipotong masukkan dalam bekas/mangkuk. Masukkan 6 sudu cuka, 3 sudu gula dan 1/2 sudu kecil garam. Gaulkan sampai bahan perasa tadi sebati dan tunggu beberapa minit untuk lembut.

gaulkan

3. Siaplah acar kita untuk makan dengan nasi tomato dan daging dendeng.

Haa mudah je kan korang nak buat resepi ni. Ini resepi paling mudah tau yang min tengok mesti rasa pun sedap sangat kan. Menu ni sesuai sangat kalau korang nak buat menu hari pertama raya atau nak buat time open house. Min pasti menu ni mesti habis sebab sedap sangat. Apapun korang kalau nak tengok resepi boleh tengok disini. Selamat mencuba semua !