Siapa sini peminat coklat? Hari ni min nak kongsikan dengan korang resepi coklat macam brand Royce tu. Resepi ni Khairul Aming yang kongsikan tau untuk puasa yang ke-14. Nama resepi ni adalah coklat ala Royce. Siapa sini tak pernah cuba coklat Royce boleh try buat sebab min tahu coklat Royce tu pun mahal dan ada yang tak halal betul tak. Jadi nak selamat korang boleh buat sendiri dekat rumah ikut resepi ni okay.
Nak dessert coklat? Meh sini min kongsikan resepi menarik dari Khairul Aming iaitu coklat ala Royce. Jom kita try !
Bahan-bahan:
- 1 ½ cawan whipping cream (Cari whipping cream disini –> https://shope.ee/2feuGw4RwT)
- 50 gram unsalted butter
- 300 gram bittersweet chocolate (Coklat premium yang sedap –> https://shope.ee/89zqpxdsZN)
- Serbuk koko (Serbuk koko pun mesti premium –> https://shope.ee/8pFXcivr5A)
Cara-cara:
1. Mula-mula sekali sediakan periuk kecil dan masukkan 1 ½ cawan whipping cream.
2. Masukkan juga 50g unsalted butter dan kacau hingga mendidih. Pastikan dia unsalted butter tau dekat packaging butter tu ada tulis. Dah mendidih boleh matikan api.
3. Kemudian, masukkan 350g bittersweet coklat atau korang nak guna semi-sweet coklat pun boleh asalkan coklat tu premium baru lah sedap kan. Tuangkan whipping cream yang panas tadi ke dalam mangkuk coklat itu.
4. Kacaukan bahan sehingga coklat menjadi pekat macam dalam gambar.
5. Tuangkan coklat ke dalam bekas yang ada baking paper sebab nanti senang bila nak keluarkan coklat. Dah tuang boleh ketuk-ketuk sedikit bekas coklat itu untuk keluarkan bubble angin yang ada masa tuang coklat tadi dan sejukkan coklat selama 4-5 jam.
6. Dah sejukkan coklat bolehlah keluarkan coklat dan potong dalam bentuk cube macam dalam gambar.
7. Akhir sekali korang taburkan serbuk koko di atas coklat dan nak senang jarak kan sikit coklat biar nampak cantik, kemas dan senang untuk dimakan.
Mudah je kan korang resepi buat coklat ni. Nak best korang makan coklat ni sejuk-sejuk dan korang akan rasa kepekatan coklat tu. Coklat pun akan cair je dalam mulut bila kita makan. Sedapnya korang coklat ala Royce ni. Adakah ini tanda-tanda min pun kena buat juga? Apapun korang peminat coklat mesti try coklat ala Royce ni sebab memang sedap sangat weh. Korang boleh guna apa-apa coklat favourite korang tau. Kalau korang nak tengok video resepi coklat ni boleh klik sini. Selamat mencuba semua !