30 Hari 30 Resepi Khairul Aming – Chicken Alfredo Pasta

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi / Viral
  • Reading time:7 mins read
You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi Khairul Aming – Chicken Alfredo Pasta

Hari ini adalah puasa ke-20, sedar tak sedar minggu depan dah raya weh. Korang dah prepare ke tu ? Apapun masih ada 9 ke 10 hari lagi untuk kita berpuasa jadi masih banyak lagi resepi yang Khairul Aming nak kongsikan dengan korang. Jadi untuk puasa ke-20 Khairul Aming kongsikan resepi Chicken Alfredo Pasta dan ini khas untuk korang yang dah penat berbuka makan nasi je setiap hari. Meh kita cuba masak pasta pula.

chicken alfredo pasta siap

Penat dah makan nasi hari-hari jom kita tukar selera masak pasta pula kali ni. Jangan risau resepi ni simple je tak sampai 30 minit pun nak masak.

Bahan-bahan:

  • 1 sudu mentega
  • 1 mangkuk kecil isi ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 kotak kecil cooking cream
  • Fettuccine pasta (tak ada pasta kat rumah beli disini –> https://shope.ee/4V6a7cat3C)
  • Garam
  • Lada hitam
  • Oregano
  • Cendawan shitake
  • Keju parmesan (Cari cheese dekat sini je senang –> https://shope.ee/ftrYeEGLR)
  • Daun parsley

Cara-cara:

rebus pasta

1. Mula-mula kita sediakan pasta dan kuantiti pasta ikut berapa orang yang nak makan ya. Kita sediakan satu periuk dan isikan air serta letak sedikit garam. Masukkan pasta rebus sehingga pasta tu masak. Bila dah masak angkat dan ketepikan dulu.

masakkan ayam dulu

2. Kemudian, kita nak stir-fry isi ayam. Mula-mula cairkan 1 sudu mentega dalam pan dan bila dah cair boleh letakkan 1 mangkuk kecil isi ayam.

letak seasoning

3. Kita perasa kan isi ayam dengan garam, lada hitam dan juga oregano secukupnya.

ayam masak sikit

4. Gaulkan ayam sehingga ayam masak. Bila dah masak boleh matikan api dan ketepikan dulu ayam tu.

tumis bawang dan cendawan

5. Gunakan minyak mentega yang stir-fry ayam tadi, masukkan 3 ulas bawang putih yang sudah dicincang dan masukan cendawan shitake yang sudah di hiris. Kacaukan sekejap hingga nampak cendawan kecoklatan.

letak cooking cream

6. Lepas itu, tambahkan 1 kotak kecil cooking cream dan kacaukan.

letak parmesan cheese

7. Masukkan pula keju parmesan ke dalam sos kita tadi, ini ikut korang lah kalau suka cheese boleh letak banyak kalau tak segenggam pun dah cukup. Kacaukan sehingga sebati.

masukkan pasta dan ayam

8. Sekarang tambahkan pasta yang kita dah rebus tadi bersama ayam yang kita dah perasakan tadi. Kacaukan dan kalau nampak pekat sangat boleh tambah air rebusan pasta.

letak blackpapper

9. Korang pun boleh adjust rasa pasta kalau perlukan garam dan lada hitam boleh tambahkan.

dah siap

10. Akhir sekali, tambah daun parsley untuk bagi aroma dia dalam pasta dan buatkan pasta kita jadi lebih sedap. Tapi kalau tak ada pun tak apa ni optional.

Haa senang je kan korang ada 10 langkah je nak buat chicken alfredo pasta dari Khairul Aming. Kalau korang nak pasta korang fresh dan creamy masa makan masak bila nak dekat buka puasa contohnya dalam 10 minit nak berbuka. Baru lah rasa nikmat makan pasta panas-panas dan rasa creamy kalau tak nanti pasta korang kering. Jadi kalau korang nak tengok video resepi chicken alfredo pasta dari Khairul Aming boleh tengok disini. Selamat mencuba korang jangan risau pasta korang mesti jadi !