30 Hari 30 Resepi by Hamdan Mubarak: Telur Bistik

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi / Viral
  • Reading time:8 mins read
You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi by Hamdan Mubarak: Telur Bistik

Bismillah! Ramadan ke-15 menyajikan telur bistik, iaitu menu yang senang dan mudah untuk korang masak. Menu ni memang menu wajib ada di kedai tomyam. Maklumlah, lauk ni pun berasal dari Thailand. Nak makan dengan nasi terus pun boleh, nak makan sekali nasi dan tomyam pun tiada masalah. Jom scroll sampai bawah!

MENU: TELUR BISTIK

telur bistik

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil mayonis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Isi ayam
  • 1 sudu besar sos tiram pedas Mahsuri
  • 2 sudu besar sos 3 rasa Mahsuri
  • Bunga kobis
  • Lobak merah
  • Lada benggala
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:

2 biji telur
1 sudu kecil mayonis
1/2 sudu kecil garam

1. Pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk kecil. Letakkan 1 sudu kecil mayonis dan 1/2 sudu kecil garam. Pukul telur sehingga naik buih.

goreng telur
telur goreng untuk telur bistik

2. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan telur di dalam minyak panas.
3. Masak telur seperti biasa. Angkat dan ketepikan dahulu.

2 ulas bawang putih
isi ayam

4. Di dalam kuali yang sama, masukkan 1/2 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih. Kacau sekejap.
5. Masukkan isi ayam dan kacau sehingga ayam masak.

1 sudu besar sos tiram pedas mahsuri
2 sudu besar sos 3 rasa mahsuri
sedikit air

6. Selepas itu, masukkan 1 sudu besar sos tiram pedas dan 2 sudu besar sos 3 rasa jenama Mahsuri. Letakkan sedikit air agar tidak terlalu kering.

bunga kobis
lobak merah
lada benggala

7. Boleh mula masukkan sayur-sayuran seperti bunga kobis, lobak merah dan lada benggala. Kacau seketika.

1/2 sudu kecil garam
telur bistik

8. Masukkan garam sebagai penyedap rasa dan kacau rata. Terus boleh hidang di atas pinggan.

Senang je kan buat telur bistik ni? Takdelah korang asyik makan telur goreng dengan kicap je. Masak macam ni baru nampak macam telur goreng premium. Cuba buat resepi ni. Kalau rasa nak makan telur bistik di kedai juga pun boleh, korang tengok senarai tempat berbuka. Min ada letak lebih 3 kedai Tomyam dalam tu tau. Pilihan di tangan korang! Selamat berbuka dengan telur bistik!

Video penuh: Telur Bistik

Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor

Leave a Reply