30 Hari 30 Resepi by Hamdan Mubarak: Roti John Kambing

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi / Viral
  • Reading time:11 mins read
You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi by Hamdan Mubarak: Roti John Kambing

Bismillah! Roti John Kambing untuk menu berbuka ramadan ke-18? Dahsyatnya resepi ni. Scroll saja pun dah boleh buat korang lapar tau. Daging pun memang betul-betul juicy. Tak kering-kontang. Nikmat apa lagi yang ingin korang dustakan. Jom tengok resepi yang dijamin meleleh air liur ni!

MENU: ROTI JOHN KAMBING

roti john kambing

Bahan-bahan:

  • Roti john panjang
  • Mentega
  • 4 biji telur
  • 1/2 biji bawang holland
  • 2 batang cili merah
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada putih
  • Serbuk paprika
  • Kambing perap Pak Mat Western
  • Salad
  • Keju mozarella
  • Sos cili

Cara-cara:

roti john dibelah dua
mentega roti john

1. Pertama sekali, gunakan roti john panjang dan belah bahagian tengah roti menggunakan pisau.
2. Buka roti tersebut dan sapukan mentega pada kedua-dua bahagian di sebelah dalam roti.

roti john bakar
roti john bakar

3. Seterusnya, panaskan kuali leper dan bakar roti di atasnya. Tekan sedikit supaya roti dibakar sepenuhnya.
4. Terus angkat apabila kejadiannya elok seperti ini. Jangan lama-lama tau, nanti roti hangus.

4 biji telur
1/2 biji bawang holland
2 batang cili merah

5. Di dalam satu mangkuk, pecahkan 4 biji telur ayam.
6. Potong dadu 1/2 biji bawang holland dah hiris nipis 2 batang cili merah.

serbuk lada hitam
serbuk lada putih
serbuk paprika

7. Masukkan bawang dan cili yang telah dipotong tadi ke dalam mangkuk yang berisi telur.
8. Setelah itu, masukkan juga serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan serbuk paprika. Pukul rata menggunakan garfu.

telur roti john
roti john dan telur
bakar roti john

9. Curahkan telur yang dipukul tadi ke atas kuali panas secara memanjang.
10. Terus letakkan roti john yang telah dibakar tadi, ke atas telur tersebut.
11. Tunggu sehingga telur cukup masak. Kemudian, terbalikkan roti dan ketepikan buat sementara.

Amaran!! Resepi yang mengundang air liur!

kambing perap pak mat western
kambing perap dimasak
kambing perap siap

12. Untuk isi daging, gunakan kambing perap segera untuk memudahkan kerja memasak.
13. Terus letakkan daging kambing dia atas kuali untuk dibakar. Tuangkan sekali bahan perapan di atas daging kambing.
14. Masak daging kambing sehingga air perapannya kering. Sedia untuk diangkat.

kambing perap digunting
susun kambing dan salad di dalam roti
sos bbq pak mat western

15. Tunggu seketika supaya daging tu tidak panas untuk dipegang. Lalu boleh potong daging tersebut menggunakan gunting.
16. Di atas roti john yang telah dimasak tadi, susunkan sayur salad dan daging kambing yang digunting kecil.
17. Tuangkan juga sos bbq di atas daging. Sos ni datang sekali bersama pek kambing perap segera.

keju mozarella
keju mozarella
sos cili

18. Boleh gunakan keju mozarella untuk ditaburkan di atas daging. Cairkan keju menggunakan pistol api.
19. Drizzle sos cili ke atas keju mengikut citarasa masing-masing.

lipat roti john kambing
roti john kambing dipotong

20. Akhir sekali, lipatkan roti john dan boleh potong mengikut beberapa bahagian yang korang nak makan. Terpulanglah nak potong 2, 3 atau 4.

Macam mana korang? Terliur tak dengan roti john kambing ni? Siap dengan berkeju lagi. Meleleh air liur tengok resepi ni. Bagi peminat roti john, korang memang patut cuba buat resepi ni kat rumah tau! Kat luar mungkin susah sikit nak jumpa yang ada isi padat macam ni kan. Selain daripada roti john, min pun ada kongsikan menu burger untuk korang. Klik sini

Video penuh: Roti John Kambing

Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor

Leave a Reply