30 Hari 30 Resepi by Hamdan Mubarak: Bandung Laici Vanilla

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi / Viral
  • Reading time:5 mins read
You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi by Hamdan Mubarak: Bandung Laici Vanilla

Bismillah! Resepi kali ini akan menunjukkan cara membuat air bandung laici vanilla dengan mudah dan sedap. Korang mesti terliur kan tengok air bandung sejuk sejuk. Ditambah pula dengan aiskrim vanilla Minuman kegemaran seisi keluarga ni. Jom buat sama-sama!

MENU: BANDUNG LAICI VANILLA

bandung laici vanilla

Bahan-bahan:

  • 1/2 tin susu pekat
  • 300ml aiskrim soda
  • Buah laici
  • Aiskrim vanilla
  • Sirap ros

Cara-cara:

1/2 tin susu pekat
300ml aiskrim soda
buah laici

1. Mula-mula, sediakan pengisar air. Masukkan 1/2 tin susu pekat, 300ml aiskrim soda dan 1 mangkuk kecil buah laici ke dalam pengisar.

aiskrim vanilla
bandung laici vanilla

2. Masukkan aiskrim vanilla mengikut sukatan kegemaran masing-masing. Boleh mula mengisar air.

bandung laici vanilla
sirap ros
buah laici

3. Sediakan jag air yang berisi ais penuh. Tuangkan air yang dikisar tadi ke dalam jag. Curahkan 1 gelas sirap ros yang telah dicampurkan air.
4. Kacau air sebati. Masukkan 1 mangkuk buah laici sekali lagi.

bandung laici vanilla

5. Siap! Air yang segar sedia untuk dihidang.

Sedap, kan? Yang minat bandung dan laici memang patut cuba resepi air ni untuk berbuka nanti. Adanya aiskrim untuk bagi rasa berkrim dan adanya buah laici untuk bagi kesegaran kepada tekak korang. Buat sekali pun tak cukup ni. Minum air ni lepas makan spaghetti pun sedap. Nak tengok resepi lain yang menggunakan laici? Klik sini.

Video Penuh: Bandung Laici Vanilla

Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor

Leave a Reply