Resepi Nasi Ulam Turun-temurun ‘Mak-mak’

You are currently viewing Resepi Nasi Ulam Turun-temurun ‘Mak-mak’

Hai, korang! Seperti yang min janjikan dalam artikel sebelum ni, min akan kongsikan resepi nasi ulam yang sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Sebenarnya nak buat nasi ulam senang je! Hanya memerlukan beberapa bahan kemudian beberapa langkah mudah dan nasi ulam pun akhirnya siap. Nak tunggu balik kampung ibu buatkan? Memang lambat lagi! Jom ikuti perkongsian resepi nasi ulam ini daripada Sirap Limau!

bahan-bahan nasi ulam
Sumber: Sirap Limau

Bahan-bahan:

  • Nasi putih
  • Ikan talang masin
  • Kerisik (sangai kelapa parut sampai garing dan kisar halus)
  • Bunga kantan (hiris halus)
  • Ikan kembung bakar (ambil isinya)
  • Lada hitam
  • Bawang merah kecil (hiris halus)
  • Serai (hiris halus)
  • Lengkuas (racik halus)
  • Halia (racik halus)
  • Ulam-ulaman daun selom, daun kunyit, ulam raja, tenggek burung, daun kesom, pucuk mengkudu, bunga kantan, daun kaduk, pucuk gajus, daun limau purut, daun pegaga (dan daun ulam-ulaman lain yang boleh didapati)

Cara-cara:

  • 1. Cuci daun-daun ulam, keringkan dan potong sehalus mungkin.
  • 2. Bakar ikan talang masin tadi dan hancurkan.
bahan nasi ulam
  • 3. Potong halus-halus bawang, bunga kantan, lengkuas, halia dan serai.
  • 4. Tumbuk halus lada hitam bersama ikan kembung yang dah dibakar (ambil isinya).
  • 5. Kemudian, semua ulam-ulaman dan daun-daun digaul dahulu dengan ikan talang masin dan sedikit garam halus.
nasi ulam
  • 6. Selepas sebati, baru digaul dengan nasi putih.
  • 7. Nasi ulam resepi turun temurun akhirnya siap!
nasi ulam

Selamat mencuba!

Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan

Leave a Reply