Nasi Tomato telah menjadi hidangan istimewa setiap kali menjelang sambutan perayaan hari raya Aidifitri, Aidil Adha serta di majlis pertunangan dan perkahwinan masyarakat Melayu. Selain daripada hari perayaan dan majlis keraian, nasi tomato juga sesuai pada waktu makan tengahari dan makan malam. Nasi tomato akan menggunakan sup tomato, minyak sapi dan susu cair sebagai bahan utama. Nasi ini sesuai dihidangkan bersama Kuah Dalca Daging, Ayam Masak Merah dan Acar Timun.
Sebelum ni min kongsikan resepi nasi minyak untuk korang kan? Kalini jom kita semak resepi nasi ni yang min petik daripada Che Nom juga, memandangkan resepi beliau belum pernah mengecewakan bagi sesiapa yang baru pertama kali nak mencuba resepi baru!
Bahan-bahan:
- 4 cawan beras
- 1/2 inci halia (potong halus) *
- 2 ulas bawang merah (potong halus) *
- 2 ulas bawang putih (potong halus) *
- 3 1/2 cawan air
- 3 tangkai bunga cengkih
- 3 kuntum bunga lawang
- 5 biji buah pelaga
- 2 batang kulit kayu manis
- 1 helai daun pandan
- 1/2 cawan kismis
- 1/2 cawan susu cair
- 2 cawan sup tomato
- 1 senduk minyak sapi
Cara-cara:
- 1. Potong halus bahan bertanda *.
- 2. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan yang dipotong halus bersama bunga lawang, bunga cengkih, daun pandan, buah pelaga dan kayu manis. Goreng sehingga kekuningan dan naik bau.
- 3. Masukkan beras kacau seketika selama 1-2 minit. Kemudian, masukkan air dan masak sehingga mendidih.
- 4. Masukkan tomato sup, susu cair, kismis dan garam secukup rasa. Apabila hampir kering pertahankan api, tutup tudung periuk dan tunggu hingga masak. Nasi tomato siap untuk dihidang bersama hidangan sampingan seperti ayam masak merah dan acar timun.
Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan.