Resepi Asam Laksa Penang Mudah & Sedap!

You are currently viewing Resepi Asam Laksa Penang Mudah & Sedap!

Asam laksa atau laksa Penang adalah berasal mempunyai kuah yang lebih cair dan rasanya masam manis. Asam laksa berasal daripada masyarakat Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka telah menambah nanas dan otak udang dalam laksa yang menjadikan asam laksa mempunyai rasa yang unik dan tersendiri. Seberang Perai pula terkenal dengan laksa campur. Laksa campur berbeza dengan asam laksa kerana ia terdiri daripada telur, cucur udang, dan sambal tumis sotong.

Kuah asam laksa disediakan menggunakan isi ikan kembung yang direbus. Ia dimasak bersama bawang, bunga kantan dan daun kesum. Kemudian ia dihidang bersama laksa beras atau laksa vermicelli dan ditabur dengan hirisan timun batang, daun salad, hirisan bawang, potongan limau dan telur rebus.

Meh kita semak resepi asam laksa penang dari blog Rasa.my ni!

Bahan-bahan

  • 1 paket laksa
  • 10 ekor ikan sardin | rebus, asingkan isi (separuh untuk dikisar, ketepikan yang selebihnya)
  • 1.5 liter air (untuk merebus ikan)
  • 1 tin kecil ikan sardin/mackarel (ambil isinya sahaja)
  • Cili kering kisar (ikut kepedasan, saya guna 1 senduk)
  • 5 biji cili merah| kisar
  • 2 biji bawang besar | kisar
  • 1 inci lengkuas | dihiris
  • 2 inci belacan
  • 1 batang serai
  • 8 biji bawang merah
  • 1 ikat atau lebih daun kesum/daun laksa secukupnya
  • 3 atau 4 asam keping (untuk rebus ikan & kuah laksa)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 senduk minyak untuk menumis
  • Pes otak udang
  • Garam secukup rasa
bahan asam laksa

Cara-cara

  • 1. Rebus ikan dengan 1.5 liter air bersama 1 atau 2 asam keping.
  • 2. Tumis semua bahan kisar sehingga timbul minyak *kecuali isi ikan.
  • 3. Masukkan air rebusan ikan, belacan, daun kesum, serai, asam keping dan air asam jawa. Biarkan masak dalam 40 minit ke 1 jam atau sehingga agak pekat.
didihkan kuah asam laksa
  • 4. Masukkan isi ikan, ikan sardin dan pes otak udang. Gaul sebati kesemua bahan, masak sekejap sehingga ke tahap kepekatan yang dikehendaki.
siap dihidang
  • 5. Akhir sekali, taburkan bahan sayuran atau telur rebus dan sebagainya sebagai pelengkap hidangan.

Bahan Tambahan

  • Telur rebus
  • Daun salad @ daun selom
  • Timun
  • Daun pudina
  • Cili merah & cili padi
  • Nenas
  • Limau kasturi
  • Pes otak udang

Selamat mencuba!

Baca juga artikel:

Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan.