Rasai Rasa Autentik Dari India Hanya di Macha & Co!

You are currently viewing Rasai Rasa Autentik Dari India Hanya di Macha & Co!

Ada tak sesiapa kat sini yang nak makan Indian cuisine? Sebab kalau ada (Pasti ada antara korang yang nak punyalah) Izzah nak perkenalkan satu tempat ni yang memang famous dengan Indian cuisine. Namanya Macha & Co.

Terletak di The Curve (senanglah untuk sesiapa yang duduk di area Kuala Lumpur dan Selangor), Macha & Co menjanjikan pengalaman yang hebat untuk sesiapa yang ingin mencuba makan makanan India. Tempat ini terkenal menggunakan daun pisang sebagai hiasan makanan (WOW!). Review yang diberi juga agak memberangsangkan. Untuk maklumat lanjut mengenai tempat yang menyediakan Indian cuisine, sila klik pautan ini: https://purpledurian.my/makan/oh-yeah-banana-leaf-makan-nasi-dari-dalam-buluh/

Macha & Co Review (google.com)
Macha & Co Review (google.com)

Menu

Briyani Lamb Shanks

Macha & Co Briyani Lamb Shanks (facebook.com)
Macha & Co Briyani Lamb Shanks (facebook.com)

Menu ini memang akan memikat selera korang. Confirm kalau makan, korang akan datang lagi untuk membeli makanan ini. Mantap!

Naan Pizza

Macha & Co Pizza (facebook.com)
Macha & Co Pizza (facebook.com)

Selalunya kalau pizza, kita akan fikirkan Pizza Hut atau Domino kan? Ha… Di Macha & Co, mereka ada menyediakan pizza versi India: Naan Pizza! Sememangnya sedap hingga menjilat jari!

Tandoori Platter

Macha & Co Tandoori Platter (facebook.com)
Macha & Co Tandoori Platter (facebook.com)

Apa barang kalau nama restoran makanan India tapi takde ayam Tandoori? Tapi jangan risau! Macha & Co menyajikan ayam tandoori yang sememangnya lazat dan bukan itu sahaja, ianya disajikan di atas pinggan bersama kuah dan papadom. Satu pinggan tu penuh dengan ayam tandoori! Peerrrrggghhh!

Konklusinya, korang mesti punyalah cuba Macha & Co! Korang akan berasa rugi kalau tak cuba! Untuk maklumat lanjut, sila skrol ke bawah. Untuk mengetahui tempat yang menyajikan makan yang sedap di The Curve, sila klik link ini: https://purpledurian.my/food-review/sedapnya-korean-bbq-di-daega-malaysia/

Lokasi

📍Macha & Co
The Curve, G41, Street Mall, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47820 Petaling Jaya, Selangor
⏰Waktu buka: 10 am – 10 pm (Setiap hari)
🗺️Google Map: https://goo.gl/maps/WS7VPbSDtMWztH8QA
📲Phone: 03-7726 3366
📲Website: https://mchnco.com.my/
📲Facebook: https://www.facebook.com/machancoMY/
📲Instagram: https://www.instagram.com/machancomy/?hl=en

Article currated by Izzah Norsham