Rasai Kenikmatan Inti Waffle Tebal di Mr Waffle

You are currently viewing Rasai Kenikmatan Inti Waffle Tebal di Mr Waffle

Hi semua. Hari ini Izzah nak berkongsi dengan korang semua satu tempat yang agak menarik. Apa yang menariknya ialah isi inti waffle yang dijual di tempat ini memang cukup tebal! Memang puaslah makan! Nak tahu kat mana? Nama tempatnya ialah Mr Waffle.

Terletak di Cheras, korang boleh melihat bahawa dekorasi di Mr Waffle menampilkan suasana moden, menyenangkan pelanggan mereka duduk dan bersantai di sana sambil menikmati waffle mereka. Review yang dijumpai juga menunjukkan kesedapan waffle di Mr Waffle. Untuk mengetahui tempat yang menjual waffle yang enak, korang boleh tekan link ini: https://purpledurian.my/makan/pelbagai-topping-ice-cream-di-waffle-ice-cream-di-concubine-lane-ipoh/

Review Mr Waffle Cheras Traders Square (google.com)
Review Mr Waffle Cheras Traders Square (google.com)

Menu

Waffle

Menu di Mr Waffle (google.com)
Menu di Mr Waffle (google.com)
Menu di Mr Waffle (google.com)
Menu di Mr Waffle (google.com)
Waffle (google.com)
Waffle (google.com)

Bila bercakap pasal waffle, korang boleh bayangkan pelbagai inti yang sedap seperti jem strawberi, coklat, peanut butter, dan lain-lain lagi. Di sini, mereka bukan sahaja menjual dengan inti tersebut, malahan mereka juga menawarkan aiskrim sebagai filling waffle membuatkan waffle yang disediakan sememangnya berasa cukup sedap.

Bayangkan sahaja, rasa hangat waffle digandingkan dengan rasa sejuk aiskrim. Dua rasa yang cukup kontra namun hebat bila bergabung. Memang terbaik!

Overall, Izzah rasa, Mr Waffle ni akan menjanjikan korang satu pengalaman yang bermakna apabila korang mencuba waffle di sana. Untuk maklumat lanjut, korang boleh skrol ke bawah. Untuk mengetahui tempat makan yang sedap di area Cheras, sila klik ink ini: https://purpledurian.my/makan/cakoi-gebu-dan-sedap-di-bandar-tun-hussein-onn-cheras/

Lokasi

📍Mr Waffle Cheras Traders Square
23A-G, Jalan Dataran Cheras 2, Cheras Traders Square, 43200 Cheras, Selangor
⏰Waktu buka: 1 pm – 10 pm (Isnin – Khamis)
1 pm – 10.30 pm (Jumaat – Ahad)
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/KQH4QprPG6cn65mV8
📲Phone: 016-444 5088
📲Instagram: https://www.instagram.com/mrwaffle.my/?hl=en
📲Facebook: https://www.facebook.com/p/Mr-Waffle-100084039205532/

Article currated by Izzah Norsham