Rasai Kemewahan Resepi Mexico di Rollo Mexican Food

You are currently viewing Rasai Kemewahan Resepi Mexico di Rollo Mexican Food

Asyik makan makanan Melayu je tapi perut nak cuba makan makanan oversea? Siapa yang ada problem macam ni meh kumpul sini min nak share satu restoran menarik yang ada menyediakan makanan dari Mexico dan Western.

Restoran tersebut diberi nama Rollo Mexican Food. Kalau dah nama pun pun ada tulis Mexican, takkan tanya lagi diorang jual apa ye dak. Berlokasi di Taman Putra Sulaiman, Ampang, Rollo Mexican Food dibuka setiap hari dari jam 3.30 petang hingga 11.30 malam.

Restoran Rollo Mexican Food
Rollo Mexican Food yang menyediakan kebanyakkannya masakan dari Mexico. Sumber: Rollo Mexican Food/ Facebook

Apa yang bestnya kat Rollo Mexican Food ni, diorang memang pentingkan kualiti, kerangupan daging ayam, bahan yang digunakan semua. Diorang memang specialist lah orang kata. Dari burrito, taco, burger, nanchos, quesadillas dan macam macam banyak lagi. Jom tengok sedikit sebanyak menu dan harga yang ditawarkan.

Menu pilihan lain
Antara pilihan menu yang korang boleh pilih di Rollo Mexican Food ini. Sumber: Rollo Mexican Food/ Facebook

Btw kalau korang masih mencari makanan melayu atau nasi yang best untuk buat lunch, min remommend nasi Cikgu Sue di Jalan Kolam Ayer Lama, Ampang. Boleh baca review min di sini https://purpledurian.my/makan/viral/nasi-cikgu-sue-nasi-ala-ala-kak-wok-best-selling-di-ampang/

Menu

1. Beef Fajitas Giant Burrito (RM25.00)

Beef Fajitas Giant Burrito
Beef Fajitas Giant Burrito

Beef Fajitas Giant Burrito ni antara burrito yang palijng besar lah kat sini. Dengan pilihan ayam, kambing atau daging.

2. Burritos Tender Chicken (RM9.90)

Burritos Tender Chicken
Burritos Tender Chicken

Ini pula burrito ayam yang biasa. Ada juga pilihan lain seperti kambing, daging dan ayam.

3. Real Nanchos (RM18.00)

Real Nanchos
Real Nanchos

Ini pula nanchos, dihidangkan dengan sayuran, sos mayonis dan banyak lagi. Ada dua pilihan sahaja iaitu beef dan juga ayam.

4. Combo Taco (RM20.00)

Combo Taco
Combo tiga ketul taco

Combo ini menawarkan tiga jenis pilihan iaitu ayam, beef dan juga kambing.

Review

Kalau min baca harga yang ditawarkan, sangat murah dan berbaloi dengan apa yang korang dapat. Dari segi rasa dan tekstur, berdasarkan review orang ramai semua cakap memang berbaloi untuk yang nak cuba makan taco ke nanchos ke sebab rasa dia lain lah dari kedai lain. Kalau korang nak order melalui whatsapp pun boleh sebab Rollo Mexican Food juga ada menyediakan delivery di sekitar Lembah Klang.

Kalau korang juga nak cuba taco tepi jalan tapi rasa hotel lima bintang, korang boleh singgah di Los Primos El Locos di Seksyen 7, Shah Alam. Boleh baca perkongsian min di sini ya https://purpledurian.my/food-review/los-primos-el-locos-tacos-tepi-jalan-paling-famous/

Location

📍Rollo Mexican Food

1, Jalan Sulaiman 3, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor

🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/bA82qcYMfrgoFvVU7

📲Phone: 011 3765 1269

📲Instagram: https://www.instagram.com/rollomexicanfood/?hl=en

📲Facebook: https://www.facebook.com/rollomexicanfood/