Rasai Aneka Masakan Ketam di Ketam Viral!

You are currently viewing Rasai Aneka Masakan Ketam di Ketam Viral!

Ketam oh ketam. Siapa yang suka dengan ketam mai sini, Izzah nak kongsikan dengan korang semua satu tempat masakan yang mempunyai pengkhususan terhadap ketam. Restoran Ketam Viral ni pastinya akan menawan lidah korang dengan kepelbagaian aneka masakan ketam yang mereka tawarkan.

Terletak di Bandar Baru Bangi, restoran ini menyediakan pelbagai aneka makanan berasaskan ketam yang sememangnya akan menambat selera korang. Pelbagai review telah menyatakan kesedapan masakan berasaskan ketam di Ketam Viral! Untuk maklumat lanjut tentang restoran yang menawarkan masakan berasaskan makanan laut, sila tekan pautan ini: https://purpledurian.my/makan/mencari-port-makan-seafood-di-langkawi-boleh-datang-ke-fish-farm-restaurant-resorts/

Menu

Aneka Ketam

Aneka Ketam (https://ketamviral.restaurant/)
Aneka Ketam (https://ketamviral.restaurant/)
Menu aneka ketam (https://ketamviral.restaurant/)
Menu aneka ketam (https://ketamviral.restaurant/)

Di Ketam Viral, korang boleh memilih apa sahaja jenis masakan yang ditawarkan untuk digandingkan dengan ketam. Bukan itu sahaja, harga masakan juga berasaskan saiz ketam. Dari saiz biasa sehinggalah saiz BESAR! Terbaik punyalah! Dahlah besar, sedap pula tu! Memang berbaloi!

Secara keseluruhannya, Ketam Viral ini sememangnya menawarkan hanya yang terbaik buat pelanggan mereka. Jadi tunggu apa lagi? Marilah datang ke Ketam Viral. Untuk maklumat lanjut mengenai Ketam Viral, sila skrol ke bawah. Untuk mengetahui tempat yang menyediakan makanan yang lazat di kawasan Badar Baru Bangi, sila klik pautan ini: https://purpledurian.my/makan/port-mengopi-best-di-bangi-cartel-coffee-shop/

Lokasi

📍 Ketam Viral
1-11, Sunway Gandaria, 2, Jalan Pusat Bandar, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
⏰ 11.30 am – 11.00 pm
🗺️Google Map: https://goo.gl/maps/p75Dzv1LD9dZiXVS7
📲 Phone: 012-580 5113
📲Website: https://ketamviral.restaurant/
📲Facebook: https://www.facebook.com/ketamviralmy/?locale=ms_MY

Article currated by Izzah Norsham