Rasa Raya dengan Zus Coffee: Velvet Creme Series yang Wajib Anda Cuba

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden
  • Reading time:4 mins read
You are currently viewing Rasa Raya dengan Zus Coffee: Velvet Creme Series yang Wajib Anda Cuba

Pulang ke kampung halaman untuk Hari Raya memang satu pengalaman yang istimewa bagi kebanyakan orang. Ia bukan sahaja memberi peluang untuk bersama-sama dengan keluarga tercinta, malah juga dapat menyaksikan perubahan keadaan di kampung halaman. Sebelum sebuah perjalanan, kita mesti akan singgah untuk membeli makanan ringan supaya dapat menemani perjalanan kita. Biasalah, on the way balik kampung tu confirm trafik sesak. Sambil menempuh trafik yang sesak tu, apa kata cuba menu terbaru dari Zus Coffee yang pasti akan menemani perjalanan anda pulang ke kampung.

Zus Coffee ni memang tak asing dah di bibir rakyat Malaysia, ia terkenal dengan perisa kopi yang unik dan berkualiti tinggi, dengan harga yang berpatutan. Mereka baru sahaja mengumumkan menu Raya terbaru yang pasti akan memuaskan penggemar kopi. Zus Coffee mengeluarkan tiga perisa kopi terbaru yang wajib dicuba sepanjang musim perayaan ini.

Menu Raya Zus Coffee

1) Velvet Creme Latte

Bayangkan dalam perjalanan nak pulang ke kampung, tersekat di trafik lah pulak. Kereta pun macam taknak bergerak je. Mata pun dah layu. Ha time ni lah masa yang sesuai untuk membeli Velvet Creme Latte ni. Krim yang berkrim menyatu dengan sempurna dengan pukulan espresso yang kaya, menghasilkan keseimbangan sempurna antara cita rasa manis dan pahit.

2) Velvet Creme Matcha Latte

Sumber: @zus.coffee / IG

Peminat matcha meh kumpul sini! Nikmati kesegaran Velvet Creme Matcha Latte bersama orang yang tersayang. Gabungan matcha dengan velvet krim ni, fuh padu.

3) Velvet Creme Mocha

Bila dah penat beraya seharian, dan tengah berkumpul dengan saudara mara, minuman berwarna coklat ni mencuri tumpuan! Perisa coklat yang digabungkan dengan tekstur velvet krim menghasilkan minuman mewah yang tak dapat nak ditolak. Memang ini adalah cara yang terbaik untuk menamatkan sambutan Raya anda.

Oh korang tahu tak? Zus Coffee pun ada buat promosi tau sempena menu terbaru mereka ni.

Beli 1 Velvet Creme Series dan Dapatkan 50% Diskaun untuk Cawan Yang Kedua

Sempena bulan Syawal ini, kalau korang beli Velvet Creme Series, korang boleh dapat cawan yang ke dengan 50% diskaun1 Wah berbaloi sangat tu. Boleh belanja saudara mara hehe.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk mencuba ketiga-tiga perisa terbaru dari Zus Coffee ini. Kunjungi kedai-kedai Zus Coffee terdekat di seluruh Malaysia dan nikmatilah kopinya yang berkualiti tinggi sepanjang musim perayaan ini. Selamat Hari Raya!

Artikel ini ditulis oleh Nuha Azaha.