Port Steamboat & Grill Terbaik Di Muar, Johor Ini Pasti Dapat Memenuhi Segala Keinginan Anda

You are currently viewing Port Steamboat & Grill Terbaik Di Muar, Johor Ini Pasti Dapat Memenuhi Segala Keinginan Anda

Hi korang! Ingin mencari port makan steamboat best dekat Muar? Hari ini min nak memperkenalkan dekat korang Amy Cheesy Steamboat & Grill yang terletak di Muar, Johor. Restoran ini bukan sahaja memiliki menu steamboat dan grill seperti di kedai steamboat yang lain. Hal ini kerana mereka juga ada menyediakan hidangan lamb shank khas untuk korang! Harga untuk dewasa hanya RM40 manakala kanak-kanak dan warga emas hanya RM25. Kalau korang ada anak berumur 5 tahun ke bawah, anak-anak korang akan dapat makan secara percuma.Ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai Amy Cheesy Steamboat & Grill ini? Pastikan korang baca sampai habis ok!

Korang nak tahu review daripada pelanggan dahulu? Korang boleh tonton video di sini.

Ingin mencari tempat makan steamboat yang menarik? Sila tekan di sini.

Steamboat

Amy Cheesy Steamboat & Grill
Steamboat (Facebook)

Nama pun Amy Cheesy Steamboat & Grill, mestilah menu utama di sini adalah steamboat. Untuk kuah tomyam, rasanya memang cukup dan lazat terutamanya apabila dimakan bersama seafood. Di sini, korang boleh dapatkan pelbagai jenis seafood kerana mereka menyediakan pelbagai pilihan seafood seperti udang, kepah dan lain-lain. Bukan sahaja itu, pelbagai jenis bebola juga anda boleh dapatkan untuk dimasak di dalam tomyam tersebut. Trademark mereka adalah “Makan Sampai Kenyang”.

Ayam / Daging Perap

Amy Cheesy Steamboat & Grill
Ayam / Daging Perap (Facebook)

Bagi yang tak makan seafood, janganlah korang risau. Amy Cheesy Steamboat & Grill ini juga ada menyediakan pelbagai jenis perapan ayam dan daging. Rasa dagingnya yang lembut dan perapan yang just nice ini akan membuatkan korang obses untuk makannya berkali-kali. Korang juga boleh add on cheese untuk makan bersama perapan ayam dan daging.

Lamb Shank

Amy Cheesy Steamboat & Grill
Lamb Shank (Facebook)

Menu yang terakhir min nak suggest dekat korang semestinya menu yang istimewa dan sukar untuk didapati di kedai steamboat & grill yang lain. Di sini, mereka menyediakan hidangan lamb shank untuk di add on bersama steamboat yang saiznya juga agak besar dan berbaloi bagi min dan hanya berharga RM35. Rasanya yang sedap dan teksturnya yang lembut menambahkan lagi selera pelanggan untuk makan di sini.

Pendapat

Ha, macam mana korang? Bukan selalukan korang dapat makan lamb shank dekat kedai steamboat & grill? Jadi, min memang cadangkan korang untuk cuba makan di Amy Cheesy Steamboat & Grill dan dapatkan lamb shank tersebut.

Ingin mengetahui port makan menarik di Johor? Anda boleh tekan di sini.

Lokasi

“Article curated by Areisya Putri”