Park’s Bagels yang terletak di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya terkenal dengan freshly-made bagel dan sandwich yang pelbagai jenis. Bukan itu sahaja tapi di sini ada juga variasi pencuci mulut dan kopi yang menyegarkan. Sekitar bulan Januari 2023 yang lalu, Park’s Bagels baru saja membuka cawangannya yang kedua iaitu di shopping mall 1 Utama, Petaling Jaya.
Park’s Bagels ni dari jauh dah boleh tarik perhatian orang sebab interior dia yang cute, terang dan aesthetic! TikTok page terkenal pun pernah review cafe bagels ni tau. Kalau korang nak tengok video tu boleh klik link ni. Tapi apa yang menarik sangat ek pasal Park’s Bagels ni?
Dengan lebih daripada 7 variasi bagel dan lebih daripada 10 perisa cream cheese, pilihan dia memang endless. Park’s Bagels mempunyai cream cheese yang unik dan menarik seperti spring onion cream cheese dan mint cream cheese. Di sini min nak suggest beberapa ‘best seller’ yang perlu anda cubai!
Oh, by the way kalau korang dah ada dekat area sini boleh la try this popular nasi lemak yang ada dekat Bandar Utama. Click di sini untuk baca ya.
Menu
1) Garlic bagel with Spring Onion Cream Cheese (RM 14)
Sumber: @parksbagelsmy di Instagram
Untuk peminat makanan savoury dan first time nak datang ke sini, korang wajib cuba perisa ni! Flavour ni boleh dikatakan best seller lah, jadi kalau nak cuba perisa ni kena datang awal ok!
2) Salmon Bagel (RM 27)
Kalau korang nak something yang more of a meal dan lebih fulfilling, korang boleh try their salmon sandwich! Kenyang habis lah lepas makan ni.
3) Garlic Cream Cheese Bun (RM11)
Disebabkan pemilik kafe ni adalah orang Korea, mereka ada bake Korean type garlic cream cheese bun. Harga dia memang agak mahal tapi sangat berbaloi sebab rasa dia memang authentic!
Personally, disebabkan Min pun pencinta bagel, Min rasa Park’s Bagels ni memang worth it untuk cuba disebabkan perisa dia yang pelbagai.
Nak datang Park’s Bagels ni sangatlah senang sebab kedua dua cawangan dia bercantum dengan MRT. Kalau korang nak pergi yang di Tropicana Gardens Mall, korang boleh turun di MRT Surian dan kalau di 1 Utama pulak, boleh turun di MRT Bandar Utama. Simple kan?
Since Park’s Bagels ni dah bukak 1 lagi cawangan baru di 1 Utama, korang jangan lupa untuk try makan bagel sambil minum kopi dekat sini tau. Sini pun best nak hangout dengan kawan kawan atau keluarga sebab decoration dia memang aesthetic and sesuai untuk OOTD. Memang worth it!
Location
📍Park’s Bagels
LG357 & LG358, City Centre, 1 Utama Shopping Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
📞+60 11-2322 0735
🗺️Google maps : https://goo.gl/maps/rEykRVch4iEKwnNX7
📱Instagram : @parksbagelsmy
Artikel ini ditulis oleh Nuha Azaha.