Makin lama lockdown, makin banyak idea-idea yang pelik dan menarik.
Oleh kerana lockdown yang terlalu lama, orang ramai pun sudah bosan terperap di dalam rumah kediaman masing-masing…
Dengan ini juga, resepi-resepi baru yang menarik dan pelik sudah banyak di dapati di media sosial.
Maklumlah, terlalu lama sangat duduk dalam rumah… Macam-macam benda difikirkan, betul tak?
Bukan sahaja kita masyarakat biasa yang mempunyai idea-idea resepi yang pelik dan menarik… Restaurant jenama yang terkenal juga dah terjebak!
Baru-baru ini, pada 5 July 2021, Burger King Malaysia telah mengeluarkan menu baru yang agak menarik iaitu Chocolate Melt, dimana burger dan chocolate sos digabungkan.
Memang pelik betul kombinasi ni!
Chocolate sos tersebut tidak terlalu manis kerana Burger King menggunakan dark chocolate dan bukan milk chocolate.
Chocolate sos tersebut mempunyai konsistensi yang tebal dan ia juga membantu untuk menambahkan lagi rasa smokey pada daging.
Apakah reaksi orang ramai terhadap menu baru ni?
“Tak sangka suka dengan rasa tu”
“Macam makan donut”
“Repeat? Definitely.”
Ramai yang berpuas hati rupanya!
Pada waktu yang sama juga, Burger King juga mengeluarkan lagi satu menu baru iaitu Tri-Colour Fries!
Kombinasi kentang biasa, keledek dan kentang ungu memang berjaya untuk menarik perhatian orang ramai.
Kreatif betul!
Korang dah cuba belum menu-menu baru Burger King ni?
Komen di ruangan bawah!
Jom tengok video review tentang Burger King Chocolate Melt di Youtube channel Melantak Beb!