Apa Yang Sedap Sangat Dengan Menu Baru Starbucks Ni?

You are currently viewing Apa Yang Sedap Sangat Dengan Menu Baru Starbucks Ni?

Ada ke lagi Starbucks lover kat sini?

Untuk nak tarik lagi pelanggan, Starbucks kerap juga keluarkan menu-menu seasonal yang baru dan menarik.

Baru- baru ini, Starbucks keluarkan seasonal menu yang baru sempena musim panas ini iaitu Summer Yaycation yang terdiri daripada 3 minuman baru.

via GIPHY

Menu baru ini adalah pastry inspired!

starbucks menu baru

Chocolate Choux Cream Frappuccino dan Strawberry Choux Cream Frappuccino adalah diinspirasikan oleh pastry choux yang lebih kurang macam cream puff.

choux pastry

Kedua-dua air tersebut adalah ice blended, memang sesuai untuk minum waktu hari panas! Confirm puas!

via GIPHY

Tambahan pula Chocolate Choux Cream Frappuccino dan Strawberry Choux Cream Frappuccino mempunyai rasa manis yang berlemak!

Lihat review tentang dua air ini di Youtube channel Eyka Eus!

Golden Pineapple Cold Brew pula merupakan air coffee hitam yang sejuk dan segar diikuti dengan rasa nenas yang masam-masam manis!

Jadi, coffee lovers confirm suka Golden Pineapple Cold Brew!

Korang pilih yang mana satu antara 3 air baru Starbucks ni?

Komen di bawah!

Comments