Nz Curry House Restaurant menawarkan konsep makanan mamak dengan rasa yang segar dan enak. Dari reka bentuk dalaman yang bercirikan India sehingga pilihan makanan yang banyak, setiap aspek restoran ini mencerminkan visi dan misi untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan dan kian menjadi bualan orang ramai.
Nz Curry House Restaurant yang terletak di Jalan Ampang, Kampung Baru, Kuala Lumpur juga merupakan restoran yang membawa suasana santai yang dapat menarik minat pelanggan daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur.
Terletak di Ibu Kota Kuala Lumpur, restoran ini mudah diakses oleh penduduk tempatan mahupun pelancong. Lokasi ini juga strategik kerana ia berhampiran dengan pelbagai tarikan lain di kawasan tersebut, misalnya restoran ini mempunyai pemandangan Menara Berkembar Kuala Lumpur menjadikan Nz Curry House Restaurant pilihan yang sempurna untuk mereka yang mencari tempat makan selepas hari bekerja yang sibuk atau individu yang ingin menikmati hujung minggu bersama keluarga.
Bagi korang yang nak cuba “dessert” dengan sentuhan arab turki dekat Bukit Bintang, korang boleh klik link di sini.
Suasana
Dengan suasana yang santai dan moden, restoran ini menawarkan suasana yang sesuai untuk pelbagai acara, sama ada ketika “Lunch Hour”atau sekadar melepak bersama rakan-rakan. Suasan pencahayaan yang seimbang dan hiasan dalaman yang menenangkan pada waktu malam juga menjadikan setiap kunjungan ke Nz Curry House Restaurant menarik. Mereka juga menawarkan kawasan yang luas dan selesa untuk pelanggan mencuba makanan mereka tanpa perlu menunggu dalam tempoh yang lama. Kalau nak tengok video suasana pada waktu malam daripada netizen, boleh klik sini
Menu
Satu perkara yang menonjol tentang Nz Curry House ialah merupakan kepelbagaian menu yang ditawarkan. Pelanggan dapat memilih dari pelbagai jenis hidangan yang sedap dan mengenyangkan disediakan seperti Garlic Cheese Naan, Tikka Chicken dan Tandoori Chicken. Penawaran pilihan makanan seperti Ini menjadikan pengalaman makan di Nz Curry House tidak hanya lazat tetapi juga memuaskan selera.
Garlic Cheese Naan
Min sudah cuba Garlic Cheese Naan ini. Min memang dapat rasa bawang putih yang cukup dan memang memikat selera. Keju yang digunakan juga sangat banyak dan sesuai untuk Garlic Cheese Naan ini. Ini merupakan pilihan utama Min.
Tikka Chicken
“Tikka Chicken” juga antara pilihan pelanggan di sini dan min dapat simpulkan yang rasa rempah yang digunakkan pada “Tikka Chicken” yang meresap ke daging dan memang memikat selera pemakan daging.
Tandoori Chicken
“Tandoori Chicken” di Nz Curry House Restaurant, memang membuatkan Min terpukau dengan gabungan rasa yang luar biasa. Rasa rempah yang digunakan sangat berkualiti tinggi. Ia meresap di mulut min dengan tekstur yang lembut dan rasa yang pelbagai. Rempah ratus ini menjadi asas yang sempurna untuk makanan ini. Ayam yang digunakan di dalam hidangan ini juga dimasak dengan betul, segar, dan penuh dengan rasa. Gabungan rempah ratus dan ayam mencipta simfoni rasa yang menaikkan selera.
Review
Ramai netizen dah try hidangan seperti “Garlic Chesse Naan”, “Tikka Chicken” dan “Tandoori Chicken” memberikan review mereka tentang makanan dan suasana di sana.
Bagi korang yang tengah cari port sarapan pagi sekitar Kuala Lumpur, korang boleh check dekat link di sini
Lokasi
📍NZ CURRY HOUSE
Lot 42, Jalan Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Operation Hours: 6am-2am (Open Every Day)
🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/oQntNfKjryHvUany7
📲Website: https://nzcurryhouse.com/
📲Facebook: https://www.facebook.com/nzcurryhouse.my?mibextid=ZbWKwL
“Article Curated By Amir Haziq”