Nutella sedap. Cookies sedap. Chocolate truffle pun sedap.
Apa rasa kalau tiga-tiga tu kita combine?
Boleh buat Cookies Nutella Truffle ala-ala Ferrero Rocher!
Chocolate truffle adalah berbentuk bulat yang ditaburkan dengan serbuk koko.
Bahan utama chocolate truffle selain coklat adalah heavy cream. Semua truffle adalah diperbuat daripada coklat dan krim dengan isi ganache.
Cookies Nutella Truffle ini sama sahaja dengan chocolate truffle biasa, hanya ia menggunakan Nutella dan cookies.
Resepi Cookies Nutella Truffle ini sangat ringkas dengan menggunakan tiga bahan sahaja sesuai untuk sesiapa yang tak reti sangat dalam bab-bab baking ni.
Bahan-bahan:
- Oreo cookies
- Nutella
- Chocolate bar
Cara-cara:
- Hancurkan 5-6 oreo cookies menggunakan food processor, jika tiada food processor boleh masukkan oreo cookies didalam ziplock bag dan hancurkan menggunakan penggelek kayu.
- Kemudian, tambahkan satu sudu besar air dan gaulkan sehingga padat.
- Masukkan satu sudu besar Nutella, gaulkan sehingga rata.
- Masukkan dalam peti sejuk untuk 15 minit.
- Selepas 15 minit, scoop adunan tersebut menggunakan sudu, kemudian bentuk hingga bulat menggunakan tangan.
- Ulang proses yang sama sehingga adunan habis.
- Kemudian, masukkan dalam peti sejuk untuk 30 minit.
- Sementara menunggu, cairkan chocolate bar menggunakan method double boil.
- Selepas 30 minit, salutkan bebola tersebut dengan coklat yang dicairkan tadi. Ulang proses sehingga bebola yang terakhir.
- Taburkan serbuk coklat atau serbuk pilihan yang lain seperti chocolate rice ataupun serbuk milo mengikut cita rasa masing-masing
- Sedia untuk dihidang.
Senang je kan?
Confirm puas untuk menguyah lagi-lagi waktu PKP ni! Jom cuba!
Lihat video ringkas cara-cara untuk hasilkan Cookies Nutella Truffle di Instagram Purple Durian!