Royal Bedouin terletak di Plaza Damas Hartamas menyediakan makanan authentic Middle Eastern yang terbaik di Malaysia. Restoran mewah ini sangat mengekalkan keaslian resepi dan hanya menggunakan bahan dan rempah premium dari Middle Eastern. Misi Royal Bedouin ialah untuk menyediakan hidangan rasa asli kepada pelanggan mereka dan masakan lebih kepada rasa tradisional dan asli daripada suku Badwi Arab.
Ini kerana nama restoran ini diambil dari suku kaum arab Badawi menjadi bedouin lalu untuk mengetengahkan masakan Timur Tengah dengan gah mewah sekali lalu restoran mereka dinamakan sebagai Royal Bedouin. Masakan yang memang berkelas raja dan hanya menggunakan rempah ratus premium di dalam masakan mereka. Selain berperisa, makanan di sini juga sangat menyihatkan kerana kebanyakan menu mereka adalah dipanggang dan bukannya digoreng.
Restoran ini mempunyai hiasan yang elegan dan mewah, dengan tempat duduk dalaman dan luaran disediakan. Korang pasti tertarik melihat lukisan yang indah dengan petikan inspirasi di dinding. Suasana memang sangat selesa untuk korang makan dengan keluarga kerana ruang yang besar untuk makan beramai ramai. Selain daripada menyediakan acara besar, restoran ini juga mempunyai ruang makan peribadi yang memuatkan 16 hingga 20 orang, sesuai untuk group yang lebih kecil.
MENU
1. Mulawwah & Garlic Mulawwah
Roti leper Mulawwah, dihidangkan dengan hummus berkrim dimakan dengan Kambing Fahsa. Roti leper Mulawwah yang lembut dan lazat dengan hummus boleh menjadi ketagihan. Menurut Royal Bedouin, hummus dibuat setiap hari. Jika korang suka chickpea, korang akan menikmati hummus yang lemak dan kaya dengan flavour di restoran ini.
Dihidangkan dalam mangkuk batu lava untuk mengekalkan haba lebih lama, hidangan daging kambing yang dicincang lembut penuh dengan rasa. Selain daripada kambing, pilihan “Fahsa” lain termasuk daging lembu dan ayam. Recommended!!
2. Grilled Chicken
Hidangan ini amat sesuai untuk yang suka makan ayam tandoori di mamak favourite korang ha. Hidangan ini terdiri daripada gabungan tenderloin kiub daging lembu , shish tawook (kiub ayam yang diperap dan panggang), serta kebab ayam dan kambing. Dihidangkan dengan kentang goreng, daging ayam memang lembut dan enak.
Dan sekiranya korang tertanya-tanya tentang roti pita yang dihidangkan dengan daging, tujuannya adalah untuk menyerap minyak dari daging dan gabungan yang memang mantap. Wow sangat flavourful hidangan ini!
3. Lamb Mandy
Tidak lengkap masakan Timur Tengah tanpa nasi arab Mandy kan. Dihidangkan dengan semangkuk sup kambing yang dipanggil Maraq, nasinya beraroma dan lembut, dengan dagingnya hampir jatuh dari tulang sebab lembut amat. So apa lagi korang nikmatilah!
Overall restoran Royal Bedouin tempat makan yang sangat sesuai untuk korang kunjungi kerana restoran terlalu luas dan parking pun banyak. Harga agak mahal disebabkan bahan yang premium dan top quality sahaja digunakan tetapi dengan harga RM50 pun cukup sangat kalau korang memang mengidam nasi arab asli dari Timur Tengah disini. Yang penting restoran Muslim okay. Jadi cepat cepat serbu ke Royal Bedouin sebuah restoran yang membawa masakan Timur Tengah yang sangat premium dan seperti masakan diraja.
LOKASI
📍Royal Bedouin
Plaza Damas, B1-60, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
🗺️Google Maps : https://goo.gl/maps/EgCjaikmuTLY3gCU6
☎️Phone : 0123314712
📱Website : https://www.bedouinttdi.com/
📱Facebook : https://web.facebook.com/royalbedouin.my/?_rdc=1&_rdr