Makanan warisan ini merupakan juadah tradisi masyarakat negeri Johor. Nama beringin diambil sempena pokok beringin. Sekitar 80an, di Muar, sebuah gerai dibina di bawah pohon beringin dan di situlah nasi beringin mendapat nama jolokan. Nasi beringin seakan nasi lemak kerana ia menggunakan santan serta tidak berwarna dan seakan nasi minyak kerana ditumis menggunakan rempah ratus dan minyak sapi. Penggunaan minyak sapi, daun pandan dan jintan putih membangkitkan lagi aroma dan menambah kelazatan nasi dingin. Nasi beringin dihidangkan bersama dengan acar, ayam masak merah, dalca dan kurma ayam atau daging. Kebiasaannya, nasi beringin dijadikan menu istimewa semasa kenduri kahwin.
Jom kita semak resepi dan cara pembuatan nasi tersebut!
Bahan-bahan
- 4 cawan beras basmathi – cuci, rendam dan toskan
- 6 cawan air (ikut jenis beras)
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMIS - 2 ulas bawang merah – hiris
- 2 ulas bawang putih – tumbuk
- 1 inci halia – tumbuk
- 5 batang serai – ketuk
- 1 batang kulit Kayu Manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 1/2 sudu teh jintan manis (jintan kasar)
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 helai daun pandan – simpulkan
- 1-2 sudu besar butter
Cara-cara
- 1. Cairkan butter, masukkan bahan-bahan tumis, tumis sampai naik bau dan kekuningan (saya guna inner rice cooker).
- 2. Masukkan beras yang telah dicuci bersih. Goreng sekejap dengan bahan-bahan tumis tadi.
- 3. Tuang air secukupnya. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sampai mendidih. Padamkan api, alih masuk ke dalam rice cooker. Tekan butang, masak nasi macam biasa.
- 4. Bila nasi dah masak dan kering, gemburkan nasi. Nasi Beringin sedia untuk dihidang!
Selamat mencuba!
Baca juga artikel:
- Nasi Tumpang: Keunikan Dari Negeri Cik Siti Wan Kembang!
- Masakan Tradisional Melayu Berasaskan Nasi & Pulut (Part 3)
Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan.