Selamat datang ke Deng’s Kitchen: Sajian Cina Muslim Yang Istimewa di Semenyih

You are currently viewing Selamat datang ke Deng’s Kitchen: Sajian Cina Muslim Yang Istimewa di Semenyih

Semenyih, sebuah kawasan yang semakim dikenali dengan keindahan alam semula jadi dan suasana yang damai. Tidak jauh dari kesibukkan kehidupan bandar, terdapat sebuah restoran  yang menawarkan hidangan yang menaikkan selera, Deng’s Kitchen. Deng’s Kitchen merupakan restoran kecil yang menyediakan hidangan cina Muslim istimewa  cita rasa autentik. Apabila korang mula melangkah ke Deng’s Kitchen, korang akan disambut dengan suasana yang mesra dan bersahaja. Hiasan dalaman yang sederhana tetapi menarik menawarkan kehangatan, membolehkan korang merasa selesa dan santai sepanjang lawatan korang di sini.

Bagi korang yang nak menikamti makanan nasi ayam yang sedap dan power sekitar Melaka, Boleh klik link ini untuk info.

Suasana Luar Di Deng's Kitchen (google.com)
Suasana Luar Di Deng’s Kitchen (google.com)
Suasana Dalam Di Deng's Kitchen (google.com)
Suasana Dalam Di Deng’s Kitchen (google.com)

Menu

 Deng’s Kitchen menawarkan pelbagai pilihan hidangan yang memukau. Antaranya adalah hidangan Cina yang popular seperti Kung Pao Chicken, Sweet and Sour Chicken, dan Cantonese Style Kuewtiaw. Setiap hidangan disediakan dengan teliti dan  menggunakan bahan-bahan segar yang memberi rasa yang kaya dan autentik.

Pilihan Menu Di Deng's Kitchen (google.com)
Pilihan Menu Di Deng's Kitchen (google.com)
Pilihan Hidangan Di Deng's Kitchen (google.com)
Pilihan Hidangan Di Deng’s Kitchen (google.com)

Kung Pao Chicken With Rice

Kung Pao Chicken With Rice Di Deng's Kitchen (google.com)
Kung Pao Chicken With Rice Di Deng’s Kitchen (google.com)

Kung Pao Chicken adalah hidangan yang mempunyai aspek manis, pedas, dan sedap. Potongan ayam yang lembut dan kacang tanah rangup adalah kombinasi yang sempurna, diperap dengan sos Kung Pao yang kaya dan berperisa. Sos ini mengandungi kepedasan dari lada cili, manis dari gula, dan ranggup dari kacang tanah. Semuanya disatukan untuk mencipta rasa yang memukau pada setiap gigitan.vTidak lupa, tambahan sayur-sayuran seperti cili merah dan bawang besar memberikan hidangan ini tekstur yang segar dan warna yang menarik. Apa yang membuatnya lebih lazat ialah sentuhan kicap cina yang menyeluruh, memberi hidangan itu aroma yang kaya dan lazat. Bila dimakan bersama nasi, Kung Pao Chicken menawarkan harmoni sempurna. Nasi yang empuk dan dengan rempah memberi keseimbangan kepada rasa pedas dan manis yang menyerlah dalam hidangan ini. Setiap suapan membawa keselesaan.

Sweet and Sour Chicken With Rice

Sweet and Sour Chicken With Rice Di Deng's Kitchen (google.com)
Sweet and Sour Chicken With Rice Di Deng’s Kitchen (google.com)

Ketika korang mencuba pertama kali mencuba hidangan ini, korang akan terpikat dengan gabungam unik antara manis dan masam yang sempurna. Pada suapan pertama, rasa manis lembut dari sos, diikuti dengan sentuhan segar dari rasa masam, memberikan keseimbangan sempurna. Daging ayam yang empuk dan garing menambah dimensi kelezatan hidangan ini. Bila dimakan bersama nasi, Sweet and Sour Chicken memberikan rasa yang harmoni. Nasi yang empuk  memberi keseimbangan kepada rasa masam dan manis yang menyerlah dalam hidangan ini. 

Cantonese Style Kuewtiaw

Cantonese Style Kuewtiaw Di Deng's Kitchen (google.com)
Cantonese Style Kuewtiaw Di Deng’s Kitchen (google.com)

Hirisan nipis mie beras yang lembut, disatukan dengan campuran makanan laut, sayuran, dan rempah-ratus yang tersendiri, membentuk harmoni cita rasa yang mendalam. Dalam setiap suapan, korang akan menerima  rasa lembut dan kenyal dari mie beras yang segar. Sos yang melapisi Kuewtiaw Gaya Cantonese juga merupakan tambahan khusus untuk  rasa  unik hidangan ini. Sos yang manis dengan sentuhan pedas ringan memperkayakan keseluruhan hidangan. Tidak lupa, tambahan sayuran segar seperti sawi, tauge, dan daun bawang memberikan sentuhan segar dan ranggup pada setiap sajian. Gabungan rasa manis, sedap, pedas, masin, dan segar menjadikan Kuewtiaw Gaya Cantonese sebagai hidangan yang memuaskan semua orang.

Review

Seluruh hidangan di Deng’s Kitchen disediakan dengan penuh kasih sayang dan kecekapan. Para tukang masak mereka memastikan setiap hidangan memenuhi standard kualiti tertinggi dan memuaskan selera pelanggan. Korang boleh yakin bahawa setiap kunjungan ke Deng’s Kitchen akan menjadi pengalaman yang memuaskan. Harga yang ditawarkan di Deng’s Kitchen adalah berpatutan, membolehkan semua golongan menikmati hidangan lazat tanpa perlu membayar harga yang tinggi. Ini menjadikan Deng’s Kitchen sebagai pilihan utama untuk makanan yang lazat dan berbaloi.

Secara keseluruhan, Deng’s Kitchen di Semenyih adalah tempat yang sempurna untuk menikmati hidangan Cina yang autentik dalam suasana yang nyaman dan mesra. Dengan pelbagai hidangan yang lazat, korang pasti akan kembali lagi untuk mencuba lebih banyak hidangan menarik. Jangan lepaskan peluang untuk merasai kelazatan makanan di Deng’s Kitchen. Selamat menikmati hidangan istimewa yang ditawarkan!.

Bagi korang yang nak mencuba makanan cina muslim yang sama power macam restoran ini, boleh klik link di sini untuk info.

Lokasi

📍 Dengs Kitchen 

31-1, Jln Eco Majestic 9/1C, 43500 Semenyih, Selangor

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/ik7Sqp1LVAih8zf5A

⏰ Operation Time: Isnin-Sabtu (12.30pm-4.00pm), (6.00pm-9.30pm)

Ahad (Tutup)

📞 Telephone Number: 012-952 6245

📲Instagram: https://instagram.com/dengskitchen2022?igshid=MWZjMTM2ODFkZg==

📲 Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100075781857154&mibextid=ZbWKwL

Article Curated By Amir Haziq