Bersempena ulang tahun HARIBO yang ke-100, satu pameran sedang berlangsung pada 7-13 Nov ini, bersama dengan ikon Beruang Emas di Sunway Pyramid. Terdapat cabutan bertuah serta hadiah percuma dan lain-lain lagi tawaran menarik menanti anda!
Tahukah anda beruang pertama ‘gummy’ dicipta oleh HARIBO? Ikon Beruang Emas ‘Gummy’ sudah memasuki usia ke-100, tahun ini. Dengan kesempatan ini, sebuah majlis hari jadi besar-besaran sedang dijalankan pada minggu ini. Pada sambutan ulang tahun kali ini, HARIBO ingin mempromosikan 2 edisi tehad perisa Beruang Emas ‘Gummy’ yang semestinya akan menjadi kegemaran kanak-kanak di Malaysia. Bukan sahaja kanak-kanak, malahan juga menjadi kegemaran orang dewasa. Dengan hadiah-hadiah promosi percuma dan cabutan-cabutan bertuah yang menarik, pengunjung juga akan dihiburkan dengan acara darat yang istimewa.
Justeru itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menghadiri majlis ulang tahun HARIBO pada minggu ini. Berbagai aktiviti menarik menanti anda semua! Sambutan ulang tahun pada kali ini akan membuat para pengunjung berpuas hati serta tidak menyesal dengan produk-produk hebat jenama HARIBO. 2 edisi terhad perisa HARIBO Goldbears menanti anda dan rebut peluang untuk mendapatkannya kerana masa sangat terhad. Dua edisi terhad ulang tahun tersebut adalah HARIBO Goldbears Fruits of the World dan Goldbears Cake O’Clock.
Goldbears Fruits of The World
Perisa untuk edisi terhad ini telah diinspirasi oleh perisa-perisa buah popular dari serata dunia termasuk perisa buah mangga dari Asia, buah kiwi dari Australia dan buah acai dari Afrika Selatan.
Goldbears Cake O’Clock
Perisa untuk edisi terhad ini pula menyediakan anda dengan kek-kek sambutan ulang tahun dengan perisa yang unik dan istimewa. Anda berpeluang untuk merasai perisa kek lemon, pai epal, kek keju strawberi dan macam-macam lagi di dalam bentuk beruang ‘gummy’.
HARIBO juga akan memberi ganjaran kepada peminat-peminatnya dengan peraduan ‘getaway’. Peraduan ini akan berlangsung dari sekarang hingga 15 Disember ini. Hadiah yang paling hebat adalah Nintendo Switch V2 Ring Fit! Walau bagaimana pun, 10 hadiah hebat dan 500 hadiah saguhati permainan HARIBO iaitu 30cm Goldbear Plush, bakal menanti anda semua yang bertuah.
Cara Untuk Menyertai Peraduan “Getaway”
Langkah 1: Beli 2 produk HARIBO termasuk satu Goldbears.
Langkah 2: Lengkapkan dan hantar borang penyertaan di alamat e-mel berikut:
https://haribo.com.my/100-years-of-goldbears-contest/
📍 Location
LG2 Central Avenue,
Sunway Pyramid,
Selangor, Malaysia
Tarikh: 7th to 13th November 2022
Korang pun boleh baca artikel “MIHAS 2022 – Pameran Halal Terbesar Dunia!”