MIHAS (Malaysia International Halal Showcase) adalah pameran produk, perkhidmatan dan perdagangan halal dan ia juga merupakan program yang diiktiraf sebagai pameran halal terbesar di dunia. Dianjurkan oleh MATRADE (Malaysia External Trade Development Corporation) dibawah naungan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI). MIHAS ialah pasaran kedua-dua produk antarabangsa dan tempatan untuk merebut peluang, bukan setakat makanan halal tetapi ada juga farmaseutikal halal, peranti perubatan, kewangan, fesyen sopan, skincare dan kosmetik, teknologi hijau dan juga pelancongan mesra-Muslim.
Min berpeluang untuk membuat lawatan ke MIHAS 2022 buat pertama kalinya dan dapat merasai sendiri pengalaman berkunjung ke pameran halal terbesar dunia ini. Antara tujuan Min pergi ke pameran ini ialah untuk tambah pengetahuan tentang industri halal yang lokal dan antarabangsa dan juga untuk… makan!
Hehe, seronok sangat sebab memang banyak produk-produk baru yang first time Min kenal tau! Kalau nak list kan setiap satu memang akan jadi never-ending ya.
Antara lokal produk menarik yang Min jumpa adalah Gula Apong dari SPL yang mereka katakan, produk gula apong yang dapat sertifikasi halal pertama dan produk ini berasal dari Sarawak, Malaysia. Sirap gula apong yang dijual ni dikumpul dari gula melaka nipah lokal dan diproses menjadi resepi mereka sendiri! Banyak resepi boleh buat guna sirap gula apong ni macam kuih onde-onde, keria, pankek dan nak guna sebagai sweetener dalam coffee dan teh pun boleh tau! Min dapat cuba gula apong dibancuh dengan air susu dan memang rasa lemak manis, sedikit rasa masin tu sedap giler! Memang wajib cuba!
Dan banyak lagi lokal produk yang best-best, macam ais krim Musang King dari Top Fruits ni, Min baru tahu yang ia adalah produk yang berasal dari Batu Pahat je! Produk-produk mereka semua bertaraf antarabangsa dah tau.
Ada juga produk halal antarabangsa yang tak dijual di pasaran Malaysia lagi, memang kat MIHAS 2022 je boleh dapat! Yang tarik perhatian Min adalah Deemah yang merupakan salah satu produk dari Arab Saudi juga ada kat sini, brand ni expert buat snek tau so macam macam jenis snek Arab ada! Produk ni memang takde jual kat pasaran sini lagi tau so nak beli datang sini okay!
Kalau korang rindu nak minum Milo truck legend macam dulu dulu time sekolah, kat MIHAS pun ada truck Milo gais! Memang mengimbau kenangan beratur luar sekolah demi secawan Milo ni! Bukan Milo je ada, teh tarik padu pun ada dari booth F&N, kalau pergi booth F&N siap dapat tengok show teh tarik macam kat warung mamak.
Memang penat pusing-pusing dalam ni tapi banyak sangat benda baru Min belajar dan maybe ada booth Min tak sempat singgah sebab dah kekenyangan dan kepenatan! Untuk pengetahuan, MIHAS akan dibuka untuk public visitor pada 10 September, yang juga hari terakhir, bermula dari pukul 10 pagi sehingga 7 petang ya korang! Jangan lepaskan peluang untuk bawa keluarga datang sini, sambil dapat pengetahuan baru, sokong produk halal lokal, dapat juga makan dan shopping makanan sedap sedap!
📍 Location:
Kompleks MITEC @ KL Metropolis, 8, Jalan Dutamas 2,
Kompleks Kerajaan, 50480 Kuala Lumpur,
WP Kuala Lumpur