Makan Lebih Sihat Dengan Resepi-Resepi dari The Kampung Vegan

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden
  • Reading time:3 mins read
You are currently viewing Makan Lebih Sihat Dengan Resepi-Resepi dari The Kampung Vegan

Siapa kata sayur tak sedap? Sayur ni salah satu makanan penting untuk diet yang sihat tau. Dan kalau dimasak dengan betul, memang best. Tapi tu lah ramai jugak yang tak suka makan sayur. Tapi ada juga yang memang hidup hanya makan sayur ataupun vegan. Ramai juga yang confuse sebenarnya apa beza vegan dengan vegetarian. Vegetarian masih lagi makan telur dan bahan tenusu macam susu dan keju. Vegan memang hanya makan sayur sayuran dan langsung tak makan apa-apa produk daripada tenusu ataupun telur. So diet dorang memang 100% sayur. Dengan makanan Malaysia yang banyak protein, macam mana orang yang vegan nak makan kan? Mujur ada The Kampung Vegan dengan resipi-resipi beliau yang sihat dan sedap.

Sumber: Zafigo

The Kampung Vegan atau nama sebenar beliau Elliz Azhar ialah seorang influencer yang menetap di Langkawi. Beliau banyak berkongsi resepi-resepi tradisi yang telah di ‘vegan’ kan untuk orang-orang yang mengamalkan gaya pemakanan tersebut di Instagram, YouTube dan TikTok. Beliau mula mengamalkan pemakanan vegan sejak tahun 2018 jadi itu membuatkan beliau selalu bereksperimen dengan makanan. Elliz juga mengambil inspirasi daripada resipi Tok Mah beliau yang berasal dari Perlis.

Sumber: Zafigo

Dengan style editing beliau yang berkualiti tinggi, video beliau menarik pelbagai kaum terutama sekali kaum India yang ramai mengamalkan diet vegan dan vegetarian. Bukan setakat resepi Melayu je yang beliau share. Western, Chinese dan Indian pun ada. Memang diverse. Mungkin orang yang mengamalkan gaya pemakanan sebegini tidak ramai di Malaysia. Tetapi resipi-resipi beliau sangat berguna untuk yang ingin diet dan mengamalkan pemakanan sihat. Lagipun, sayur memang penting dalam kehidupan kita. Min, nak nasihatkan kepada yang dewasa-dewasa tu dan still tak makan sayur tu boleh bertaubat lah ye. Eat your veggies and embrace the green!

Nak makan makanan vegan? Boleh pergi ke kafe ni.

Artikel ini ditulis oleh Sarah Nabilah.