Pernah tak korang tertanya-tanya kenapa orang Korea konsum mi segera atau ramen hampir setiap hari? Dari dalam drama, filem sampai ke reality show, boleh dikatakan setiap kali makanan disediakan wajib ada sekali mi segera kan.
Dalam Drama je ke?
Sememangnya, mi segera ni sangat popular dalam kalangan masyarakat Korea Selatan ya. Tidak kira sama ada golongan berada atau daif, pasti hidangan mi segera tetap menjadi antara pilihan makanan.
Jenny Lee, pengguna Quora, mengatakan di Korea ia adalah normal untuk setiap orang akan memakan mi segera. Sebanyak 15% rakyat Korea Selatan makan mi segera lebih tiga kali dan sebanyak 30% akan makan sebanyak 2 kali seminggu! (Sumber: diva.com). Kalau dikira kira memang banyak jumlah konsumsi mi segera di Korea tau bukanlah semata-mata dalam drama je.
Hidangan mi segera ini sering dijual di mana-mana je tau, di kedai-kedai serbaneka, kedai makan tepi jalan dan orang korea juga suka bawa mi segera untuk aktiviti di luar rumah seperti berkhemah, piknik dan sebagainya.
Bukan sahaja sedap, senang dimakan tau tapi mi segera ni juga harga dia murah berbanding makanan lain.
Sebab Mi segera jadi pilihan
Antara sebab orang Korea suka makan mi segera adalah kerana harganya yang sangat murah! Sebab itulah mi segera ini dijual di merata tempat di Korea, golongan pelajar sekolah atau universiti akan singgah ke kedai serbaneka untuk menikmati ramen atau mi segera ni. Di Korea Selatan, sepaket atau secawan mi segera hanya dijual dengan harga sekitar RM4 sahaja, murah kan berbanding makanan lain, kenyang pun kenyang.
Alasan lain ialah kerana ia mudah untuk disediakan dan dimasak. Tidak perlu bahan dan perkakas lain pun untuk masak mi segera ni, cukup ada air panas je dah jadi. Kalau kat Korea, kedai serbaneka di sana memang dah sediakan tempat khas untuk masak mi segera ni tau! Sangat senang dan jimat masa. Hanya tunggu 3-4 minit dan dah siap untuk dijamu! Kadang-kadang kita dah penat bekerja dan belajar jadi dah kehabisan tenaga untuk cari makanan kan, mesti mi segera juga dicari!
Di Malaysia, makan mi segera ini tidaklah digalakkan sangat keranan katanya boleh mengundang penyakit kronik. Lain pula dengan masyarakat Korea, Jepun dan China yang sangat banyak konsum mi segera. Apa pun makanan yang kita konsum, asalkan kita pandai untuk seimbangkan dengan makanan sihat dan banyak melakukan aktiviti, ia tidaklah jadi masalah.