Mana yang suka makan makanan western macam chicken chop, lamb chop semua tu mesti kenal kedai western paling famous ni iaitu Pak Mat Western. Yang belum kenal tu masih belum layak dipanggil hantu western lah hahahaa tak ada lah min gurau je. Jom min review sikit apa yang bestnya Pak Mat Western ni.
Lokasi utama Pak Mat Western ini bertapak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beroperasi setiap hari bermula seawal jam 7 pagi hingga 12 malam. Selain dari sajian western di restoran, Pak Mat Western juga ada menggeluarkan makanan sejuk beku yang sedia dimasak berjenama sendiri seperti kambing perap, lembu perap dan ayam perap.
Kalau dah nama Pak Mat Western, mesti lah menjadi kepakaran mereka untuk sajian makanan western betul tak? Antara menu dan harga yang ditawarkan di Pak Mat Western adalah;
Menu
1. Mix Platter (RM23.90)
Set mix platter ini sesuai untuk mana yang betul betul lapar kerana sajian ini menggabungkan lamb grill, chicken grill, sosej, meatball, coleslaw dan mashed potato.
2. Nasi Goreng Chicken Grill (RM10.90)
Disajikan dengan nasi goreng dimasak secukup rasa dan chicken grill yang juicy beserta sos black pepper.
3. Lamb Chop Cheese with Garlic Bread (RM20.90)
Review
Kalau nak borak pasal harga, memang tak dinafikan sangat murah kalau nak dibandingkan dengan kedai western lain. Portion pula sangat banyak dan besar lagi lagi kalau korang order set platter mereka. Tak cukup mulut kata orang. Specialnya juga mereka ada menyediakan kambing, lembu dan ayam perap sejuk beku bagi mereka yang ingin masak sendiri di rumah. Jom ramai ramai singgah ke Pak Mat Western di Pulau Pinang atau cari mana mana ejen untuk dapatkan makanan perap mereka!
📍 Location
Pak Mat Western Cafe,
No. 6, Jalan Industri Tangkas 2,
Taman Industri Tangkas Kampung Sekolah, Juru,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Phone: 011 3615 2643
Website: https://www.pakmatwestern.com/
Facebook: https://www.facebook.com/pakmatwestern
Instagram: https://www.instagram.com/pakmatwesterncafe/?hl=en