Asal – Usul Char Kuey Teow Yang Mungkin Korang Tak Tahu!

You are currently viewing Asal – Usul Char Kuey Teow Yang Mungkin Korang Tak Tahu!

Selain dari mee goreng, char kuey teow juga antara hidangan yang popular dikalangan masyarakat kita. Tak kira lah tua, muda, Cina, India, Melayu semua layan. Min pun selalu juga craving nak makan char kuey teow malam malam. Tapi borak pasal char kuey teow ni, korang tahu tak asal usul dia dari mana semua? Haaa meh sini min share sikit sebanyak tentang char kuey teow ni.

Tukang masak char kuey teow yang dulu kebanyakkannya dari orang cina
Char kuey teow yang digoreng panas-panas. Sumber: flickr.com

Asalnya char kuey teow ni dari loghat Hokkien yang disebut chha-koe-tiau. Dalam bahasa Mandarin pula disebut chao guotiao. Semua bunyi seakan-akan sama je kan. Tapi sebenarnya char dalam bahasa cina bermaksud goreng. Jika diterjemahkan dalam bahasa melayu ia menjadi Kuey Teow Goreng.  Jadi, macam mana bila sampai ke masyarakat melayu dan bertukar jadi kuey teow berkuah pula kan?

kuey teow goreng
Rupa sebenar char kuey teow yang diterjemahkan dari bahasa cina iaitu kuey teow goreng. Sumber: flickr.com

Ceritanya dikatakan bahawa lumrah orang melayu kita ni memang suka sangat dengan makanan yang berkuah contohnya macam sup, sambal dan sebagainya. Min sendiri pun prefer makanan berkuah juga daripada kering. Jadi lama kelamaan char kuey teow berubah menjadi kuey teow basah dan yang kering pula dipanggil kuey teow goreng. Tapi sebenarnya kalau anda semua nak tahu orang melayu juga boleh memanggil char kuey teow tapi ejaan bagi char adalah car yang bermaksud limbah. Car Kuetiau ini memiliki kuah yang hitam-hitam berlemak jadi lebih sesuai dipanggil Car Kuetiau kerana ia berbeza dengan kuey teow goreng basah.

char kuey teow atau kuey teow basah
Ha ni pula char kuey teow yang berkuah atau orang kita dah biasa dengan nama char kuey teow basah. Sumber: flickr.com

Char kuey teow ni dikhabarkan sebagai salah satu makanan yang kurang sihat kerana kandungan lemaknya yang berlebihan. Kalau korang nak tahu, pada zaman awal kehadiran char kuey teow ini, ianya diciptakan khusus kepada para pekerja buruh sebenarnya.

Harganya yang semestinya murah dan kandungan lemak yang tinggi ini menjadikannya popular di kalangan pekerja buruh sebagai sumber tenaga dan nutrien kepada mereka. Pada ketika itu, masakan char kuey teow ini dijual oleh nelayan, petani dan pemungut kerang pada waktu petang untuk menambah pendapatan mereka.

Tukang masak char kuey teow
Dulunya popular dikalangan pekerja buruh dan penjualnya terdiri daripada nelayan, petani dan sebagainya. Sumber: flickr.com

Sehingga sekarang, char kuey teow dianggap sebagai hidangan ringan tetapi mengenyangkan. Kebanyakan kedai makan akan menyediakan kuey teow dengan pelbagai hidangan seperti char kuey teow ladna, kuey teow tom yam, kuey teow bandung, char kuey teow kerang, char kuey teow udang, char kuey teow ayam dan char kuey teow special.

Macam min cakap tadi, tak kira usia, tak kira bangsa kalau dapat char kuey teow ni memang confirm terangkat lagi lagi kalau dapat kuah yang pekat, campur pula dengan air asam umphhhh tak terkata weh!