Mencari Roti John yang enak? Jomlah kita pergi Roti John Paroi!

You are currently viewing Mencari Roti John yang enak? Jomlah kita pergi Roti John Paroi!

Korang craving nak makan Roti John? Hari ni min nak tunjukkan dekat korang satu kedai roti john di Negeri Sembilan. Restoran Roti John Paroi ni terletak di Senawang, Negeri Sembilan. Disebabkan nama restoran ini Roti John Paroi mestilah hidangan Roti John menjadi hidangan utama mereka.

Suasana di restoran ini nampak simple tapi sesuai dijadikan sebagai tempat korang berkumpul dengan kawan – kawan atau keluarga sambil menikmati menu yang disediakan. Cakap pasal menu, di restoran ini juga ada menu lain macam burger, otak– otak, Yong Tau Foo dan macam–macam lagi lah.

Menu

Roti John Daging Cheese

Roti John Daging Cheese ni menu yang korang wajib cuba, menu roti john lain seperti roti john ayam cheese dan roti john kambing cheese pun ada.

Roti John Daging Cheese
Roti John Daging Cheese

Yong Tau Foo

Yong Tau Foo juga adalah salah satu menu yang disediakan dekat restoran ni. Jadi korang jangan segan silu untuk order.

Yong Tau Foo
Yong Tau Foo

Roti John Korean Spicy

Ini adalah antara menu special di Roti John Paroi. Menu ini menggunakan sos korea. Jadi peninat makanan pedas boleh cuba menu ini.

Roti John Korean Spicy
Roti John Korean Spicy

Macam mana menarik tak korang! Kalau korang duduk berdekatan di Senawang jalan lupa singgah Roti John Paroi. Kalau korang nak tahu mengenai restoran lain yang menghidangkan hidangan roti john korang boleh klik di sini.

Lokasi

Roti John Paroi
🗺️Google Map: https://g.co/kgs/fyqGdcT

⏰Setiap hari dari 2:30 pm – 4:00 am
📲Faceook: Roti John Paroi Lavender

Article curated by “Ku Ikhwan”

Leave a Reply