Siapa ingin pergi ke Kuching, Sarawak mestilah kena cuba mee legend yang berada disana. Min jumpa satu port makan yang sangat popular di Kuching dimana setiap pagi akan ramai orang beratur sehingga mee tersebut habis. Nama kedai makan tersebut adalah Mee Jawa Pak Awang. Kedai makan ini hanya menjual mee jawa sahaja dan telah beroperasi selama lebih 40 tahun. Lama kan memang legend ni !
Kalau korang datang sini kedai makan ini kecil sahaja tapi memang ramai sangat orang beratur nak makan dekat sini. Kalau ramai sangat selalunya mereka akan bungkus sahaja. Apa yang special dekat sini ada juga yang menjual satay kerapen bersama dengan mee jawa. Jadi korang boleh makan dua menu ni disini. Ehh tak lupa Mee Jawa Pak Awang ni ada 3 harga berlainan tau iaitu RM6, RM7, dan RM8. Vibes kedai makan Mee Jawa Pak Awang ni sangat klasik nampak macam zaman dulu sangat. Maklumlah dah lebih 40 tahun beliau menjual mee jawa.
Penduduk Kuching, Sarawak mesti tahu Mee Jawa Pak Awang ni kan? Ramai yang datang ke sini dari jauh semata-mata untuk rasa mee jawa beliau. Nak tengok video review dari pelanggan mereka boleh tengok disini. Korang yang jauh nak datang ke Sarawak tapi nak cuba masakan Sarawak boleh baca artikel ni dan cuba makan disini.
https://purpledurian.my/food-review/masakan-rasa-asli-sarawak-di-kedey-kamek/
Menu Mee Jawa Pak Awang
1. Mee Jawa Biasa (RM6.00)
Kalau korang baru lagi nak cuba mee jawa ni korang boleh ambil menu mee jawa biasa. Kuantiti mee banyak juga jangan risau dan korang akan dapat sebiji telur.
2. Special Mee Lebih (RM7.00)
Kalau dah kata mee lebih ni memang banyak lah mee dia kan. Makan ni memang kenyang sangat lah korang.
3. Special Double Telur (RM8.00)
Kalau korang suka telur boleh order special double telur. Memang puas hati makan dengan kuah mee jawa yang pekat dan panas memang terbaik.
4. Satay Kerapen
Kalau order mee jawa je rasa macam tak cukup pula. Jadi min sarankan korang order sekali dengan satay kerapen ni memang sedap. Makan pula dengan mee jawa rasa dia memang mantap. Korang patut cuba.
Haa min dah sharekan tempat paling legend dan paling famous yang ada di Kuching, Sarawak. Korang yang nak melancong kesana boleh letakkan tempat ni dalam bucket list korang sebab kalau tak cuba memang menyesal sangat. Makan panas-panas sambil minum teh ais memang sedap. Kedai makan Mee Jawa Pak Awang ni akan dibuka setiap hari kecuali hari Ahad dan waktu beroperasi pada jam 7.30 pagi sehingga mee jawa habis. Jadi korang kena bangun awal dan beratur secepat mungkin untuk sarapan disini. Cuba jangan tak cuba tau nanti menyesal !
Location
📍Mee Jawa Pak Awang
26, Lorong Kai Joo, 93000 Kuching, Sarawak
🗺️ Google maps: https://goo.gl/maps/ge53BfUF9UDoFiWu9