Matcha. Either korang suka atau tak suka. Ada yang cakap pahit. Ada juga yang cakap manis. Tapi semua boleh setuju yang teh hijau adalah satu minuman tradisi jepun yang mempunyai banyak manfaat kesihatan dan boleh diterapkan dalam gaya hidup masyarakat moden. Itulah goals untuk Syun Hattori dan Izzat Iskandar, pengasas Niko Neko Matcha – jenama matcha kontemporari artisan. Mesti korang pernah dengar kan? Niko Neko Matcha ialah pembekal teh hijau artisan premium terkenal di Malaysia. Diorang dah bekerjasama dengan lebih 500 kafe dan restoran dalam dan luar negara.
Untuk penggemar matcha bolehlah ke Concept Store mereka di Chinatown dan Bangsar dan sambil tu jangan lupa OOTD. Kafe dorang berkonsepkan minimalis dan modern kontemporari. Masuk je dalam kafe tu semuanya putih, hitam dan kelabu. Yang hijau hanyalah minuman dan manisan yang korang boleh order kat situ. Tapi datang awal tau. Min pergi sana hari tu beratur panjang, beb. Maklumlah, matcha sekarang ni minuman trendi untuk golongan Milenials dan Gen Z sekarang.
Menu
Cakap pasal menu diorang, di Niko Neko Concept Store ni fokusnya kepada semuanya matcha. Minum matcha. Makan matcha. Hidup pun matcha. Nak tengok full menu boleh pergi kat page dorang. Boleh order online lagi kalau korang tak dapat ke outlet. Dan kalau korang nak tahu, matcha ni ada bermacam-macam jenis dan gred. Lain gred boleh digunakan untuk tujuan berbeza untuk korang dapat rasa dan khasiat yang optimum. Boleh tengok full chart untuk tahu jenis matcha yang sesuai dengan korang, taste notes dan sebagainya.
Since ada banyak choice dan korang mesti nak tahu boleh try apa kat sini, ni top 3 menu di Niko Neko Concept Store mengikut citarasa Min. So korang boleh try bila ke sana.
1) Ren Matcha Latte
Ren ni ialah gred matcha yang paling premium sekali. Kalau nak tahu pasal matcha, biarlah dari yang terbaik, kan? Serbuk matcha Ren dengan susu stim ni ada rasa umami yang memang ngam la. Kombinasi dengan susu berikan rasa lemak berkrim dan manis-manis buah. Kalau korang nak lebih manis boleh minta sweetener. Tapi kalau nak sihat, gunakan stevia k.
2) Mango Matcha Cheesecake
Ni minuman ye, bukan manisan. Minuman berperisa matcha cheesecake ni menggunakan serbuk matcha gred Ajisai. Gabungan rasa lemak cheesecake, rasa umami matcha, masam manis mangga dan soda menjadikan ni satu minuman mocktail yang memang unik. Kalau korang tengah dalam mood nak rasa something yang fusion, min recommend yang ni. Dah lah cantik, so korang boleh lah post kat IG korang nanti.
3) Mini Matcha Burnt Cheesecake
Manisan ni kolaborasi dengan The Tokyo Restaurant iaitu pembuat burnt cheesecake yang paling legend. So korang boleh expect kek ni memang best. Min tak suka sangat benda-benda manis jadi kek ni memang ikut citarasa min. Dibuat dengan serbuk matcha gred Yuri, kek ni memang betul-betul cair dalam mulut dan rasa dia yang tak terlalu manis memang ngam sangat jadi tak cepat muak.
Review
Penggemar matcha memang min recommend untuk ke sini. Korang bolehlah try bermacam-macam gred matcha dan kombinasi dengan manisan yang korang suka. Walaupun harga dia agak ‘atas’ sikit dan portion dia agak kecil untuk cheesecake dan puffs, tapi rasa memang sedap dan semua diperbuat dari bahan yang berkualiti. Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi boleh follow dorang kat Facebook, Instagram, YouTube ataupun boleh je ke website dorang.
Dan kalau korang nak explore selain matcha, boleh juga try houjicha, genmaicha dan teh hijau kat sana.
Lokasi
📍Niko Neko Matcha Concept Store (Bangsar)
82A, Lrg Maarof, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
📍Niko Neko Matcha Concept Store (Chinatown)
181, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
📞 Bangsar +6011-5648 2490
Chinatown +6011-5649 8230
🗺 Google Maps
Bangsar: https://goo.gl/maps/a2nHx7stuYN7dipu8
Chinatown: https://goo.gl/maps/6hswC3Y2uaLWByeEA
📱Instagram : @nikonekomatcha
Kalau nak tahu mana lagi tempat makan menarik di area Kuala Lumpur yang berdekatan, boleh baca artikel ni.
Artikel ini ditulis oleh Sarah Nabilah.