Mashed Potato Bowl Ala KFC Kini Ada Di Rumah!!!

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden / Resepi
  • Reading time:5 mins read
You are currently viewing Mashed Potato Bowl Ala KFC Kini Ada Di Rumah!!!

Siapa pernah makan Mashed Potato Bowl yang dijual di KFC? Sedap sungguh rasanya, kadang-kadang kita terfikir macam mana lah makanan boleh jadi sedap begini. Hidangan yang mengandungi ubi kentang lenyek, dicampur dengan ketulan kecil ayam goreng dan disaluti sos keju yang sedap. Walaupun hanya semangkuk hidangan namun mampu memberikan kekenyangan dan kesenangan di perut kita. Jadi sesiapa yang rindu nak makan Mashed Potato Bowl marilah kita belajar resepinya.

Bahan-bahan

Mashed Potato:

  • 3 Biji Kentang
Ubi kentang
Ubi kentang: (Shopee)
  • 3 Sudu Butter
  • 1/4 Cawan Susu
  • 1/2 Sudu kecil Garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada
  • 1/2 sudu kecil parsley

Popcorn Ayam Crispy:

  • Isi ayam dipotong dadu.
  • Tepung Ayam goreng.

Kuah/ Gravy:

  • 3 Sudu Butter
  • 3 Sudu kecil tepung gandum
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada
  • 1/2 sudu kecil ‘garlic powder’
  • 1/2 tin jagung
  • 1/2 sudu kecil stok ayam
  • Instant Cheese

Cara-cara

  • 1. Cuci dan potong kentang kepada lapan bahagian.
Kentang
Kentang: (Google)
  • 2. Rebus kentang dengan air dan garam hingga lembut.
  • 3. Lenyekkan kentang dengan garfu dan tambahkan butter.
  • 4. Setelah itu tambahkan susu dan perasakan dengan serbuk lada, garam dan parsley.
  • 5. Salut ayam dengan tepung goreng dan deep fry selama 5 minit.
Deep Fry Ayam
Deep fry ayam: (Google)
  • 6. Untuk gravy, cairkan butter dan tambahkan tepung.
  • 7. Tambah air,garam,garlic powder,stok ayam,serbuk lada.
  • 8. Kemudian gaulkan jagung dengan butter dan kacau sehingga rata.
  • 9. Seterusnya, ambil mangkuk masukkan mashed potato, ayam crispy dan gravy.
  • 10. Akhir sekali siramkan sos keju diatas mashed potato tadi. Siap!!!
Mashed Potato
Mashed potato: (Google)

Ermmm, nampak lazat! Selamat mencuba.

Baca juga artikel:

Artikel oleh Syuriana Ibrahim