Makan Di Restoran Dapor Berasap Sambil Tengok Kapal Terbang Berlepas Dekat Subang

You are currently viewing Makan Di Restoran Dapor Berasap Sambil Tengok Kapal Terbang Berlepas Dekat Subang

Selalu korang makan tengok view pokok-pokok, atau bangunan tapi kali ni lain sikit sebab sambil korang makan boleh tengok kapal terbang berlepas. Haa min jumpa tempat best ni dan nak share dengan korang. Nama restorannya adalah Dapor Berasap yang terletak di Subang. Restoran ni betul-betul bersebelahan dengan Airport Subang. Jadi untuk korang tengok kapal terbang berlepas memang boleh tengok banyak kali. Restoran ni menjual makanan masak lemak salai, siput sedut, ayam goreng berempah, keli goreng crispy dan keli goreng berlado.

Semua jenis makanan dia memang sedap-sedap memang sesuai dengan tekak melayu kita ni. Bukan itu je mereka juga menyedia ulam-ulaman dan ikan masin juga. Jadi makan masak lemak salai dengan ulam-ulaman memang padu weh. Min dengar mereka sediakan air balang dekat sini bayar RM1 je boleh refill banyak kali. Memang berbaloi kan? Korang kalau nak datang sini kena cepat tau selalu memang ramai orang walaupun meja banyak. Tapi makanan dia dekat sini memang berbaloi.

dapor berasap
Source: Shortcut 101

Tapi korang jangan risau mereka juga ada sediakan makanan set macam nasi kukus dan lain-lain. Contoh makanan masak lemak salai diorang adalah siput sedut masak lemak, itik salai masak lemak, ayam salai masak lemak, daging salai masak lemak, dan telur itik masak lemak. Huishh, menu dia pun boleh buat min terliur weh. Nak mudah korang tengok video review dari netizen ni mesti buat korang nak datang ke Restoran Dapor Berasap.

Haa korang memang food lover dan food hunter? Nak cari restoran mana lagi yang sedap dekat area Selangor. Min rasa korang patut pergi restoran ni sebab mereka hidangkan smoked beef yang terbaik dekat Selangor. Nak tahu lagi lanjut baca artikel ni.
https://purpledurian.my/makan/moden/karnivor-malaya-menampilkan-smoked-beef-paling-best-di-shah-alam/

Menu Dapor Berasap

1. Daging Salai Masak Lemak

Daging Salai Masak Lemak

Daging Salai Masak Lemak adalah menu yang sangat diminati oleh pelanggan. Rasa daging salai dia yang kuat kena pula dengan kuah masak lemak yang pedas dan secukup rasa memang padu weh.

2. Itik Salai Masak Lemak

Itik Salai Masak Lemak

Para penggemar itik pasti akan pilih lauk Itik Salai Masak Lemak. Rasa daging itik yang lembut dan makan dengan nasi panas memang terbaik. Ini menu yang wajib korang cuba tau sedap weh.

3. Siput Sedut Masak Lemak

Siput Sedut Masak Lemak

Haa kalau favourite min Siput Sedut Masak Lemak lah. Sebab apa tau siput sedut ni tak banyak dah orang jual hanya sesetengah restoran je yang berani nak jual disebabkan oleh harganya yang makin mahal. Tapi siput sedut kalau masak lemak memang best lah weh nasi kena tambah.

4. Ayam Salai Masak Lemak

Ayam Salai Masak Lemak

Korang yang suka makan Ayam Salai Masak Lemak memang patut order ni sebab ayam dia besar dan boleh buat korang tambah nasi sampai 2 ke 3 kali weh. Rasa dia memang padu.

Haa min dah tunjuk dekat korang menu yang famous di Restoran Dapor Berasap ni. Bukan setakat view restoran je yang menarik tapi masakan mereka sendiri buatkan pelanggan datang berkali-kali. Harga pun berpatutan memang patut ramai je yang datang singgah disini. Restoran Dapor Berasap ni buka setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 6 petang. Tapi kalau lunch hour memang ramai jadi korang kena datang cepat-cepat takut tak ada meja. Apapun Restoran Dapor Berasap memang terbaik dan berbaloi untuk korang cuba makanan mereka sambil tengok view kapal terbang berlepas.

Location
📍 Dapor Berasap Subang

Jalan Lapangan Terbang Subang Lama, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, 47200 Shah Alam, Selangor

🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/nqrgDYsvL9WrFdxTA

📲Facebook: https://www.facebook.com/daporberasapsubang
📲Instagram: https://www.instagram.com/dapor_berasap/?hl=en
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@daporberasap?lang=en