Ramadan merupakan bulan yang penuh berkat bagi umat Muslim di seluruh dunia. Di Malaysia, bulan Ramadan juga menjadi momen spesial bagi para peniaga untuk memberikan promosi-promosi menarik yang dapat dinikmati oleh semua.
Street Churros pun tidak ketinggalan untuk melakukan promosi sempena bulan yang mulia ini. Untuk yang belum pernah dengar tentang Street Churros, ia merupakan sebuah gerai makanan yang menyediakan hidangan churros yang dengan cara yang unik dan istimewa. Berasal dari Korea Selatan, kini Street Churros telah mempunyai lebih dari 15 cawangan di seluruh Malaysia.
Seperti nama gerai ini, menu utama mereka mestilah churros. Churros yang mereka sajikan memiliki tekstur yang sempurna, crunchy di luar dan lembut di dalam.
Selain churros, mereka juga menyediakan pelbagai menu lain seperti kopi, kentang goreng, churros berserta aiskrim dan pelbagai varian sos yang boleh kita pilih sendiri seperti seperti coklat, dan salted egg. Wah, nampak menarik. Min akan sertakan sekali menu penuh Street Churros di bawah!
Menu Street Churros
Ha rambang mata tak? Sempena puasa ini, Street Churros ada membuat promosi khas untuk kita semua. Lepas dah berbuka puasa tu, mesti craving sesuatu yang manis kan? Ha ni lah waktu yang sesuai untuk memuaskan craving masing masing hehe.
Promosi Street Churros
Anda boleh menikmati pencuci mulut setelah Iftar dengan membeli 2 Stick Churros dan dapatkan 2 sos pencicah secara percuma! Sos yang anda boleh pilih adalah daripada perisa krim keju, coklat, butterscotch dan juga perisa edisi terhad mereka iaitu; salted egg!
Oh by the way, promosi ni cuma ada untuk walk-in sahaja tau dan tidak sah dengan penghantaran dan promosi yang lain. Jangan lupa ke Street Churros berdekatan dan dapatkan promosi ini!
Lokasi
📍Street Churros Malaysia
Ketahui Street Churros berdekatan anda di link ini.
Artikel ini ditulis oleh Nuha Azaha.