Laksa Saranghae Ipoh: Peminat Laksa Sarang Wajib Cuba!

You are currently viewing Laksa Saranghae Ipoh: Peminat Laksa Sarang Wajib Cuba!

Korang suka makan laksa sarang yang sedap macam dekat Penang atau Kedah tapi malas nak drive jauh-jauh? Harini min nak tunjuk dekat korang sebuah kedai yang menjual laksa sarang terletak di Ipoh, Perak. Laksa Saranghae terkenal dengan laksa sarangnya yang sedap dan mesti dicuba oleh peminat-peminat laksa. Kuah laksa tu serius padu beb. Selain daripada laksa sarang, restoran ini juga ada menyediakan pelbagai menu menarik yang boleh korang dapatkan tau. Bukan makanan berat je ada dekat sini, dessert pun korang boleh dapatkan.

Menu

Laksa Sarang

Laksa Saranghae Ipoh
Laksa Sarang (Facebook)

Selalunya laksa dihidangkan dalam mangkuk biasa je kan? Tapi dekat Laksa Saranghae Ipoh, mereka menghidangkan laksa dalam claypot tau! Bila dah dalam claypot, mestilah kuah dia yang panas tu tahan lama. Aroma kuah laksa ni paling padu, bau je terus rasa lapar tu datang. Gabungan laksa dengan telur sarang tu confirm dapat memikat hati pelanggan. Perahan limau kasturi dan cili potong dapat menambahkan kesedapan laksa sarang ini. Tak percaya? Korang boleh tekan di sini untuk melihat review pelanggan.

Untuk mengetahui tempat menjual laksa yang lain, anda boleh tekan di sini.

Nasi Goreng Ikan Rebus

Laksa Saranghae Ipoh
Nasi Goreng Ikan Rebus (Facebook)

Selain daripada laksa, Laksa Saranghae juga ada menyediakan menu goreng-gorengan. Antara menu goreng yang sedap korang boleh cuba adalah nasi goreng ikan rebus. Bila dihidangkan dengan sambal tu, serius min kata sedap dan padu. Sesuai untuk tekak melayu. Jadi, bagi yang tak makan laksa korang boleh cuba order menu ni.

Dessert

Laksa Saranghae Ipoh
ABC Milo (Instagram)

Penggemar-penggemar dessert, korang jangan risau sebab dekat Laksa Saranghae Ipoh ni pun ada sediakan menu dessert yang sedap tau. Antaranya, ABC Milo ni, sekali makan mesti tak boleh nak berhenti. Dahlah ada Milo, tambah pula dengan aiskrim vanilla dan chocolate drizzle. Confirm sedap! Bukan ABC Milo je, macam-macam dessert lagi ada. So, min memang recommend dekat korang untuk cuba makan dekat Laksa Saranghae Ipoh. Nak tahu location? Skrol ke bawah!

Pendapat

Pada pendapat min, berbaloi untuk korang cuba makan dekat Laksa Saranghae Ipoh ni. Bukan je ada laksa, tapi menu seafood, goreng dan western pun ada. Dessert pun menyelerakan. Apa lagi kome peminat-peminat laksa dan dessert? Moh ler terjah Laksa Saranghae Ipoh.

Bagi mengetahui tempat makan menarik di Ipoh, Perak, korang boleh tekan di sini.

Lokasi

📍 61, Laluan Jelapang Selatan, Taman Keledang Jaya, 30100 Ipoh, Perak

🗺️ Google Maps: https://maps.app.goo.gl/VRAcaLqCzMuGAa5y8

⏰Waktu Operasi: 11.45am – 9.30pm (ISNIN CUTI)

📲Phone: 013-2325800

📲Facebook: https://m.facebook.com/profile.php/?id=100039942986960

📲Instagram: https://www.instagram.com/laksa_saranghaeipoh/?hl=en

“Article curated by Areisya Putri”