Kuih Taming Sari: Tarikan Tradisi Masyarakat Terengganu

You are currently viewing Kuih Taming Sari: Tarikan Tradisi Masyarakat Terengganu

Kuih Taming Sari adalah juadah tradisional yang bukan sahaja kaya dengan rasa, tetapi juga membawa simbolik budaya dan sejarah. Berasal dari pantai timur, kuih ini sering dikaitkan dengan negeri Terengganu yang terkenal dengan keindahan alam dan warisan kulinari unik. Diperbuat daripada tepung kacang hijau, santan, dan nisan kerek.Bahan yang sinonim dengan masakan Terengganu, kuih ini memiliki rasa lemak manis dan tekstur lembut yang memikat.

Namanya, yang diilhamkan daripada keris legenda Taming Sari, menambahkan lagi nilai seni dan sejarah kepada kuih ini. Kuih Taming Sari bukan sahaja memenuhi selera tetapi juga membangkitkan nostalgia warisan Melayu.

Bahan-bahan Taming Sari:

Langkah-langkah Penyediaan:

  • Cairkan nisan kerek dengan 1/3 cawan air sehingga larut. Jika ingin menggunakan gula putih, sesuaikan jumlahnya mengikut tahap kemanisan yang diingini.
Nisan Kerek
  • Tapis santan, kemudian campurkan dengan telur dan kacau hingga sebati. Setelah air nisan siap, tuangkan ke dalam campuran santan dan kacau rata.
  • Masukkan campuran santan ke dalam pan atau kuali tanpa menyalakan api. Masukkan tepung kacang hijau sedikit demi sedikit sambil terus kacau untuk mengelakkan ia bergumpal.
  • Setelah semua bahan sebati, hidupkan api kecil dan kacau campuran secara konsisten sehingga ia mula pekat.
Kacau adunan
  • Pindahkan campuran ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak. Kukus selama lebih kurang 20 minit atau sehingga kuih masak. Pastikan penutup kukusan tidak dibuka sehingga kuih benar-benar masak untuk memastikan hasilnya sempurna.
Kuih Taming Sari

Secara kesuluruhannya, Kuih Taming Sari adalah bukti keindahan seni kulinari Terengganu yang kaya dengan tradisi dan rasa. Dengan aroma santan segar dan manisnya nisan kerek, setiap gigitan membawa anda ke kampung halaman dan suasana damai di pantai timur.

Baca juga artikel:

Artikel oleh Syuriana Ibrahim