Orang Melayu memang pandai dan kreatif dalam menghasilkan sesebuah makanan. Mana tidaknya, pelbagai kuih yang menarik dan sedap yang boleh kita dapati di Malaysia. Boleh bayangkan jika perantau perantau atau anak muda yang belajar nun jauh di negara orang merindui makanan tempatan kita. Pasti terubat rindu, jika dapat makan kuih melayu. Tidak ketinggalan dengan satu kuih ini yang diberi nama Kuih Bom Bijan. Kalau tak berhati-hati, mungkin boleh meletup. Hehe, gurau je.
Kuih Bom Bijan
Kuih Bom ini banyak didapati di gerai kuih, ia juga dijadikan sebagai hidangan sarapan pagi mahupun minum petang. Menu yang satu ini mempunyai pelbagai perisa atau inti. Inti kuih bom bijan yang paling kerap dijumpai adalah kacang merah. Selain itu, intinya juga terdiri daripada isi kelapa dan juga kacang hijau. Bagi sesiapa yang sangat meminati kuih ini, mohler kita belajar resepinya.
Bahan-bahan
- 500gm tepung pulut.
- 1 cawan tepung gandum.
- 3 biji ubi kentang.
- 1/2 cawan gula pasir halus.
- Air suam secukupnya.
- Bijan secukupnya.
- Pes kacang merah.
Cara-Cara
- 1. Campurkan semua bahan kering dan tambahkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga doh tidak lagi melekat di tangan.
- 2. Bahagikan doh kepada 30gm setiap satu dan bentuk inti seberat 10gm. Leperkan doh, masukkan inti, dan bulatkan.
- 3. Ulangi langkah ini hingga selesai.
- 4. Golekkan doh dalam bekas berisi bijan, kemudian susun di atas loyang yang telah disapu minyak.
- 5. Biarkan rehat selama 15 minit.
- 6. Panaskan minyak dengan api kecil dan masukkan kuih. Biarkan hingga kuih terapung sebelum dikacau.
- 7. Naikkan sedikit suhu api dan kacau sekali-sekala untuk memastikan kuih masak secara merata.
- 8. Apabila kuih sudah garing dan berwarna keemasan, angkat dan toskan minyak sebelum dihidangkan.
Mudahkan resepi kuih bom bijan ini. Ikuti saja langkah-langkah ini, ‘confirm’ hasilnya sedap dan lembut. Selamat mencuba semua!!!
Baca juga artikel:
- Mari Kenali Tiga Jenis Kuih Tradisional Negeri Kedah.
- Mashed Potato Bowl Ala KFC Kini Ada Di Rumah!!!
Artikel oleh Syuriana Ibrahim.