Sedar tak sedar lagi beberapa hari je tinggal sebelum kita menyambut bulan Ramadan. Bulan Ramadan ini bulan yang sangat mulia dan pada waktu ini lah kita amat digalakkan untuk membuat amal kebaikan dan ibadah sebanyak mungkin.
Sempena bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, Min nak kongsikan dengan korang kopi bertemakan Ramadan dan Raya daripada Gigi Coffee. Siapa je tak kenal kan Gigi Coffee sekarang? Ala, yang viral dengan buttercream latte tu. Ha, Gigi Coffee ini jenama kopi tempatan yang digemari ramai disebabkan harga mereka yang berpatutan. Mereka juga mempunyai menu yang unik, khas untuk rakyat Malaysia yang menyukai pelbagai variasi kopi.
Yang unik tentang Gigi Coffee ni, mereka ada 2 jenis biji kopi yang korang boleh pilih iaitu biji kopi dari Indonesia atau Colombia. Kalau korang suka biji kopi yang rasa earthy dan mempunyai sedikit rasa manis macam tu, korang boleh pilih biji kopi Indonesia. Kalau biji kopi Kolombia pulak untuk orang yang suka rasa sitrus.
Apa menu terbaru daripada Gigi Coffee ni? Ha, untuk yang nak sahur atau berbuka puasa hatta untuk yang nak moreh lepas terawih tu kan, boleh cuba variasi minuman terbaru daripada kedai kopi ini.
Minuman Ramadan Raya Gigi Coffee
1) Kaya Raya G-Frappe (RM 18)
Minuman frappe perisa kaya ni memang sangat istimewa disebabkan rasanya yang sangatlah lokal. Dihiasi pulak dengan kelapa parut dan gula melaka, memang confirm boleh gembirakan hari anda.
2) Salted Gula Melaka Latte (RM 17)
Peminat salted caramel latte memang wajib cuba minuman ni sebab gabungan kopi yang manis dan berkrim digabung pulak dengan rasa masin tu, fuh memang mengiurkan.
3) Banana Gula Melaka Latte (RM 17)
Gabungan unik pisang dan kopi, dihiasi dengan gula merah khas untuk sweet tooth.
Barista Home Gigi Coffee
Oh by the way, korang tahu tak Gigi Coffee ni pun ada cawangan Home Barista jugak tau. Apa yang best tentang Home Barista daripada Gigi Coffee ni adalah beberapa menu hanya boleh didapati di sini. Contohnya, mereka ada stesen khas untuk bru kopi, dan juga pelbagai minuman specialty.
Untuk Ramadan ni pun mereka ada menyediakan kopi spesial khas untuk pelanggan Gigi Coffee di Home Barista.
Kopi Khas di Barista Home Gigi Coffee
1) Iced-shaken Pandan Raya Latte (RM 18)
Iced shaken latte yang diharumkan dengan perisa pandan dan sedikit kacang macadamia.
2) Pandan-licious Gula Melaka Latte
Gabungan gula melaka latte dan juga espresso yang kuat, dihiasi pula dengan krim pandan nitro, gula merah dan juga daun pandan di bahagian tepi. Wah, macam minuman yang sempurna je ni.
Min ni memang peminat besar pandan, so nampak menu ni terus rasa excited. Tak sabar nak cuba! Korang pun jangan lupa datang dan cuba minuman terbaru daripada Gigi Coffee ya 🙂
Nak tahu F&B mana lagi yang mengeluarkan menu terbaru sempena Ramadan? Klik link ini untuk membacanya.
Lokasi
📍Gigi Coffee
Untuk mengetahui Gigi Coffee berdekatan anda, boleh klik link ini ya!
📲Facebook: Gigi Coffee
📲Instagram: @gigicoffemy
📲Website: gigicoffee.com
Artikel ini ditulis oleh Nuha Azaha.