Koklu! Anda semua pernah dengar tak tentang kuih ini? Mesti tak pernah, sebab kuih ini baru saja direka cipta resepi dan menunya. Menu ini dicipta oleh sepasang suami isteri, Zakaria Jali, 55, dan Junaidah Yusof, 50. Mereka tinggal di Kampung Pantai Haji Nik Mat, Kelantan dan menjalankan perniagaan di Pasar Terapung Pulau Suri. Bunyi nya agak pelik, namun kuih ini kian mendapat permintaan dari hari ke hari. Koklu adalah hasil gabungan dua nama kuih tradisional iaitu ‘Akok’ dan ‘Bahulu’.
Tarikan rasa ‘Koklu’.
Apa yang menariknya Koklu ini adalah dari segi rasa dan tekstur kuih itu sendiri. Menurut pasangan tersebut, menu itu baru sahaja diciptakan oleh mereka setelah mendapat idea daripada salah seorang kawan. Rasa yang sangat enak terhasil dek kerana mereka masih lagi menggunakan kaedah tradisional. Teknik yang digunakan adalah dengan membakar menggunakan sabut kelapa, dua adunan itu dimasak dalam acuan tembaga.
Zakaria, pencipta resepi:
Sebelum ini dia dan isterinya membuat dan menjual baulu sahaja manakala akok hanya dijual ketika bulan puasa.
“Lapisan pertama dalam acuan kami letakkan adunan akok dan kemudian adunan baulu yang dibakar menggunakan sabut kelapa dalam masa beberapa minit. Dan ianya menghasilkan rasa lemak dan enak gabungan dua adunan itu”
“Kuih ini kami jual dengan harga RM2 untuk tiga biji dan setakat ini sambutan diterima dengan baik dan sangat menggalakkan. Secara purata, pembeli membeli lebih daripada satu bekas menyebabkan kami tidak menang tangan menyediakan koklu, tambahan pula kuih ini memakan masa untuk memasaknya kerana menggunakan cara tradisional iaitu Sabut kelapa.”
Kesimpulannya, menu baru yang diciptakan oleh pasangan suami isteri ini telah sangat enak serta memberikan idea bukan hanya kepada mereka, malahan kepada peniaga-peniaga lain untuk menjana pendapatan. Hal ini sekaligus, memberi peluang kepada orang luar daripada Kelantan untuk merasai ‘koklu’ tanpa perlu bersusah payah ke negeri itu.
Baca juga artikel:
Artikel oleh Syuriana Ibrahim