Kikil Gulai Padang: Rasa Istimewa Daging Empuk!!!

You are currently viewing Kikil Gulai Padang: Rasa Istimewa Daging Empuk!!!

Anda semua pernah dengar tentang Kikil Gulai Padang? Makanan ini adalah hidangan khas dari Padang, Sumatra Barat, Indonesia. Gulai Padang terkenal dengan rempahnya yang kaya dan kuah santan yang enak. “Kikil” sendiri merujuk pada bahagian daging lembu yang sudah direbus lama dan empuk.

Hidangan ini umumnya terdiri dari kikil lembu yang dimasak dengan rempah gulai yang meliputi kunyit, halia, cili api, bawang merah, bawang putih, dan berbagai rempah lainnya. Proses memasaknya memerlukan waktu agar rempah tersebut meresap dan kikil menjadi empuk serta kuahnya kental dan lazat. Kini anda tidak perlu susah-susah mencari kedai untuk makan gulai ini. Anda boleh masak sahaja makanan di rumah. Jom kita semak resepinya.

Bahan-bahan Kikil gulai:

  • 500 gram daging lembu kikil
  • 300 ml santan pekat
  • 1 liter air
  • 2 helai daun salam
  • 2 batang serai
  • 2 cm lengkuas
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 1 sudu besar gula perang, dicukur halus
  • 1 sudu teh garam
  • Minyak masak secukupnya

Bahan Kuah Gulai:

  • 8 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah besar (ikut citarasa boleh di kecilkan atau ditambah)
  • 2 cm kunyit
  • 1 cm halia
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 1/2 sudu teh jintan manis
Bahan-bahan Masak
Bahan-bahan masak: (Page)

Cara-cara:

  • 1. Rebus kikil daging lembu dalam air mendidih sehingga lembut dan bersih.
  • 2. Kemudian toskan dan bilas dengan air sejuk.
Daging Kikil
Kikil Daging: (Google)
  • 3. Dalam kuali besar, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis daun salam, serai, lengkuas dan halia hingga naik bau.
  • 4. Kemudian masukkan rempah tumis kisar, kacau rata.
Tumisan bahan kikil
Tumisan bahan : (Google)
  • 5. Seterusnya, masukkan daging rebus, kacau hingga rempah serap.
  • 6. Tuangkan air, masak hingga kikil betul-betul lembut dan rempah meresap.
  • 7. Setelah kerikil lembut, masukkan santan pekat. Kacau rata dan masak dengan api perlahan supaya santan tidak pecah.
Gulai Kikil
Gulai kIkil: (Google)
  • 8. Akhir sekali, masukkan air asam jawa, gula merah dan garam. Kacau rata dan masak selama beberapa minit sehingga kuah pekat dan rempah meresap.

Selamat Mencuba!!!

Baca juga artikel:

Artikel oleh Syuriana Ibrahim