Sambal Belimbing Hitam: Makanan Warisan Pahang Sebagai Sumber Vitamin C

You are currently viewing Sambal Belimbing Hitam: Makanan Warisan Pahang Sebagai Sumber Vitamin C

Sambal hitam juga adalah salah satu makanan yang terkenal di negeri Pahang. Sambal hitam ini cukup unik dan hanya boleh ditemui hanya di sekitar Jerantut, Kuala Lipis dan Raub. Selain boleh dijadikan perisa dalam makanan, belimbing buluh boleh juga dibuat sambal dikenali sambal hitam di kalangan penggemarnya dan enak dimakan bersama nasi putih, pulut, lempeng dan seumpamanya. Bahan utama dalam penghasilan sambal hitam yang mantap ialah belimbing buluh dan ikan bilis. Proses pembuatannya boleh dikatakan memakan masa dan agak rumit, justeru itu harga yang dijual di pasaran tempatan sekarang mungkin sedikit mahal.

Keenakan sambal hitam menarik penggemar dari luar datang ke daerah ini semata-mata untuk menikmati sambal istimewa kegemaran mereka. Makanan tradisi negeri Pahang yang diwarisi sejak turun temurun ini, menjadi identiti ketiga-tiga daerah ini kerana terdapat keistimewaannya yang tersendiri, menambah selera makan sesiapa sahaja. Ramai yang berpendapat hanya mereka yang mahir sahaja mampu menghasilkan sambal hitam ini.

sambal dibungkus
Sumber: Sinar Harian

Jika di imbau pada zaman dahulu, orang tua mengatakan bahawa sambal hitam ialah makanan yang boleh tahan lama kerana semua maklum pada zaman itu belum wujud lagi peti sejuk untuk mereka menyimpan makanan dan masakan mereka. Maka, belimbing buluh direbus bersama garam hingga berwarna coklat untuk diawet supaya ianya senang disimpan dalam bekas seperti pekasam. Bahan asasnya adalah daripada belimbing buluh. Bahan ini kemudian akan direneh di atas api sehingga airnya kering. Apabila teknik mereneh dan cara penyimpanannya yang betul, tidak mustahil belimbing buluh ini mampu bertahan dalam tempoh yang agak lama.

Baca juga artikel:

Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan.