Dodol Kukus: Manisan Legend dari Pahang

You are currently viewing Dodol Kukus: Manisan Legend dari Pahang

Dodol kukus amat popular di salah satu daerah di negeri Pahang iaitu Chenor. Dodol sangat mudah disediakan. Ia dibuat menggunakan tepung pulut dan gula merah, ada juga yang menggunakan tepung pulut hitam. Ia seakan-akan membuat dodol, tetapi yang membezakan ialah cara memasaknya. Dodol kukus ini dimasak menggunakan teknik mengukus dan tidaklah dikacau seperti dodol biasa. Apabila masak, ia akan menjadi liat seperti dodol. Bagi menambahkan keenakannya, dodol kukus ini akan diletakkan tahi minyak yang menambahkan lagi selera bagi penggemar kuih tradisi.

Min jumpa satu resepi dodol kukus paling mudah dari blog Rasa.my. Jom kita tengok kat bawah ni!

Bahan A (Tahi Minyak)

  • 1 cawan santan pekat
  • Sedikit garam

Bahan B

  • Daun pisang secukupnya – dilayur

Bahan C

  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air

Bahan D

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 sudu makan tepung ubi
  • 1 1/2 cawan santan

Cara-cara

  • 1. Untuk membuat tahi minyak, satukan bahan-bahan A dan masak menggunakan api sederhana selama lebih kurang setengah jam hingga pecah minyak.
  • 2. Satukan semua bahan C dan masak hingga semua bahan larut. Sejukkan.
  • 3. Dalam bekas berlainan, masukkan semua bahan D dan gaulkan sampai sebati.
  • 4. Bila sudah rata dan sebati, masukkan bahan C yang telah suam. Kacau lagi sampai rata dan sebati. Kemudian tapis.
tapis dodol
  • 5. Seterusnya, panaskan periuk kukusan.
  • 6. Ambil minyak dari tahi minyak yang telah disediakan dan sapu pada daun pisang yang telah dilayur.
  • 7. Tuangkan adunan secukupnya ke dalam loyang yang sudah dialas menggunakan daun pisang.
  • 8. Kukus dodol hingga masak antara 15 – 20 minit.
kukus dodol
  • 9. Bila sudah masak, taburkan tahi minyak di atas Dodol Kukus.
siap dihidang dodol kukus

Selamat mencuba!

Baca juga artikel:

Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan.