Ketupat Beras: Sajian Wajib Perayaan Masyarakat Melayu

You are currently viewing Ketupat Beras: Sajian Wajib Perayaan Masyarakat Melayu

Ketupat beras merupakan salah satu hidangan istimewa yang disajikan semasa perayaan masyarakat Melayu. Ia diperbuat menggunakan beras atau beras pulut yang dibungkus menggunakan daun kelapa dan direbus hingga masak. Selain ketupat daun kelapa, terdapat juga ketupat daun palas yang sangat popular di negeri Pantai Timur dan di sebelah utara. Ketupat palas merupakan ketupat pulut yang dibalut menggunakan daun palas. Cara moden menjimatkan masa berbanding dengan menganyam daun ketupat yang dianggap sukar dan leceh.

Jom kita semak cara-cara membuat ketupat beras!

Bahan-bahan

  • Kelongsong ketupat
  • Beras secukupnya (cuci bersih dan tos)
  • Air secukupnya untuk rebus
  • Daun pandan (pilihan)
  • 1 sb garam

Cara-cara

  • 1. Buka/ kepakkan sikit bahagian yg dibulatkan. Masukkan beras ½ kelongsong dan tutup balik.
step 1
  • 2. Potong sikit bahagian kepala supaya tak panjang sangat (potong serong). Selitkan kat lajur yg sebelahnya (macam dalam gambar).
  • 3. Simpulkan(ekornya) 4-5 biji ketupat supaya senang nak rebus. Masukkan ketupat dalam periuk. Kemudian, isi air sampai ketupat tenggelam.
step 5
  • 4. Masukkan garam dan rebus selama 2 jam.
  • 5. Dah siap, tos dan lalukan air supaya nampak bersih.
  • 6. Bila dah sejuk boleh la dimakan dengan rendang ayam atau daging palembang.

Selamat mencuba!

Baca juga artikel:

Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan.

Leave a Reply