Kelupis adalah makanan tradisional masyarakat Sabah dan Sarawak namun ia dipengaruhi dari negara Brunei. Ianya mula diperkenalkan oleh etnik Brunei yang tinggal di Sabah (Mohd, 2016). Ia seakan ketupat tetapi berbentuk leper seperti lepat. Ianya nampak hampir sama dengan burasak, tetapi kelupis menggunakan beras pulut manakala burasak menggunakan beras biasa. Kelupis sangat wangi kerana ia dibalut menggunakan daun irik dan dimasak bersama-sama daun pandan. Hidangan ini adalah pelengkap kepada sesuatu majlis. Tanpa kelupis, sesuatu majlis itu tidak sempurna. Kelupis biasanya akan dihidang bersama kuah kacang, ayam masak merah atau rendang.
Jom semak resepinya!
Bahan-bahan
- 2 kg Pulut Susu
- 1 kg Santan Kara
- 1 kg + 2 cawan Air
- 3 Daun Pandan
- 3 sudu makan Garam
Cara-cara
- 1. Masukkan Air, Santan, Daun Pandan dan Garam ke dalam periuk.
- 2. Kacau atas api sederhana sampai mendidih sampai hampir melimpah.
- 3. Perlahankan api dan biarkan sampai cecair kurang dan minyak naik. Kemudian, basuh beras (tak perlu rendam) dan masukkan ke dalam periuk.
- 4. Kacau atas api kuat sampai semua cecair sudah diserap.
- 5. TIP: Buat satu garisan panjang. Jika beras tidak bercantum semula, itu tandanya pulut telah separuh masak.
- 6. Tutup api dan biarkan sejuk. Potong bahagian batang. Jangan potong banyak sangat sbb taknak daun tu koyak. Kemudian, sediakan bahan. Letak 1-2 sudu pulut atas daun (tgk saiz daun tu).
- 7. Gulung daun dari atas, kepit kedua2 hujung daun dan lipat! Kukus selama 40 minit dan siap!
Selamat mencuba!
Baca juga artikel:
- Lemang: Resepi Bakar Menggunakan Oven Je!
- Burasak: Sajian Tradisi Orang Bugis Yang Sedap & Disukai Ramai
Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan.