Kedai Kopi Yeop – Kedai Sarapan Pagi Lokal Di Ipoh

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:5 mins read
You are currently viewing Kedai Kopi Yeop – Kedai Sarapan Pagi Lokal Di Ipoh

Hari ni, min nak kongsi tempat sarapan di Ipoh. Kedai Kopi Yeop memang popular dalam kalangan orang Ipoh Perak, lebih-lebih lagi pada waktu pagi. Kedai makan ini menyajikan pelbagai pilihan makanan yang amat menyelerakan untuk sarapan pagi anda. Selain Ipoh, ada juga port makan best di Perak. Min share artikel ni kalau teringin nak makan nasi viral.
https://purpledurian.my/makan/viral/nasi-bamboo-sg-klah-nasi-buluh-viral-di-sungkai-perak/

Kedai kopi ini telah lama beroperasi di Ipoh. kalau nak datang, kebiasaanya kedai kopi ini hanya beroperasi pada pukul 7 pagi sehingga 11 pagi sahaja kecuali pada hari-hari tertentu. Untuk maklumat lanjut boleh follow instgram Kedai Kopi Yeop yang min share di bawah sekali.

kedai kopi yeop
Google.com: Kedai Kopi Yeop

Pelbagai menu sarapan pagi ada di sini. Kedai Kopi Yeop menyajikan mi kari, nasi goreng, koay teow goreng dan kopi istimewa. Jom tengok makanan apa pula yang paling popular.

MAKANAN

1. NASI GORENG YEOP SPECIAL

nasi goreng yeop special
Review Netizen: https://g.co/kgs/G85V2F

Nasi Goreng Yeop Special ni antara menu popular di sini. Nampak biasa saja. Tapi makan sarapan pagi nasi goreng yang special ni memang sedap, dan sangat sesuai kalau minum dengan kopi. Harga untuk sepinggan, RM 13. Memang pengunjung yang datang ke sini kata makanan semua sedap-sedap.

2. KOPI YEOP

Kalau anda nak tahu apa yang special, Kedai Kopi Yeop ada signature drink yang memang popular. RM 3 sahaja. Bagi min, cara hidangan kopi ni uga agak berbeza dari kedai kopi yang lain. Sebelum terlupa, min nak share kedai kopi yang best di Terengganu juga. Kalau datang ke sana jangan lupa singgah di kedai kopi ni, okey. Baca artikel di sini. https://purpledurian.my/makan/viral/kee-nguyen-merasai-keunikan-kopi-vietnam-terbaik-di-malaysia/

3. MAGGI SOTONG TELUR

maggi sotong telur
Review Netizen: https://g.co/kgs/Lk3w4a

Menu lain yang agak popular juga antaranya ialah mee dan maggi. Anda boleh dapatkan Maggi Sotong Telur dengan harga RM 10 sahaja. Maggi sotong telur pun sedap juga. Jom tengok antara review netizen yang datang makan di sini.

review netizen
Review Netizen  https://g.co/kgs/xXJeCf 

REVIEW

Tempat ni memang best untuk sarapan. Kebanyakan pengunjung memang bagi 5 bintang. kawasan bersih, makanan sedap, servis pun mantap. Tunggu apa lagi. Jemput datang dan cuba komen!

LOCATION

📍Kedai Kopi Yeop

🗺22, Persiaran Taman Meru 14, Taman Meru, 30020 Ipoh, Perak
Google maps: https://goo.gl/maps/8htAVZW1qq5Xsd377

📞Phone: 012-509 7216
📲Instagram: https://instagram.com/kedaikopiyeop?igshid=YmMyMTA2M2Y=