Challenge mencuba makanan yang pedas sudah menjadi trend di seleruh dunia sejak lebih 7 tahun yang lalu.
Makin lama makin extreme challenge makanan pedas yang dilakukan oleh pengguna social media hanya semata-mata untuk mendapatkan views yang tinggi.
Trend ini bermula pada tahun 2016 dengan Spicy Ramen Challenge dimana mereka yang mengambil bahagian dalam challenge ini akan menghabiskan ramen yang pedas.
Apabila challenge ini makin ramai yang cuba, makin banyak implikasi yang kreatif dimuat naik di social media seperti menghabiskan 2 paket spicy ramen tersebut atau lebih.
Namun, kini terdapat banyak lagi challenge makanan pedas yang extreme seperti Carolina Reaper. Dimana mereka akan makan satu Carolina Reaper tanpa air untuk beberapa minit.
Carolina Reaper merupakan cili yang mempunyai skala scoville yang mencecah 2 juta.
Terdapat juga social media influencer di Malaysia yang telah mengambil bahagian dalam challenge ini seperti Padu Beb Studios, HAHA TV MALAYSIA, dan SAYS.
Baru-baru ini, mukbang YouTuber Isaac Osman telah memuat naikkan video mukbang pelbagai jenis cili.
Jenis-jenis cili yang terdapat di dalam video tersebut adalah cili hijau, cili Charleston, jalapeno, cili padi, cili Thailand, habanero dan Carolina Reaper.
Di dalam video tersebut, Isaac Osman cuba untuk memakan cili yang paling pedas akhir sekali, iaitu Carolina Reaper.
Tetapi Isaac Osman tidak boleh menghabiskan kesemua cili tersebut.
Lihat video penuh di YouTube channel Isaac Osman!