Isaac Osman Kongsi Rahsia Jaga Kesihatan Walaupun Ber’Mukbang’

  • Post author:
  • Post category:Makan
  • Reading time:4 mins read
You are currently viewing Isaac Osman Kongsi Rahsia Jaga Kesihatan Walaupun Ber’Mukbang’

Mesti korang tertanya-tanya kan, macam mana influencer yang buat mukbang semua boleh jaga badan. Min tengok Syedot dengan Padu Beb steady je dorang boleh maintain kurus. Min makan roti sekeping pun rasa berat naik. Apa rahsia dorang? Isaac Osman ataupun nama sebenarnya Nur Muhammad Izzat berkongsi rahsia beliau boleh maintain berat badan walaupun makan banyak untuk buat konten mukbang.

Isaac Osman ataupun lebih dikenali dengan channel YouTube beliau IsaacOsmanTV adalah seorang content creator mukbang dan food influencer terkenal di Malaysia. Kini, channel beliau dah capai 1.5 juta subscribers. Beliau boleh merakam tiga video seminggu dan menghabiskan wang beratus ringgit untuk membeli makanan dan minuman yang bersamaan 2,500 hingga 4,000 kalori.

Sumber: Toodia

Bunyi macam kerja gila. Tapi min nampak Isaac berjaya menjaga kesihatan dengan baik. Ini sebab beliau sentiasa aktif bersukan seperti berjoging, mendaki bukit, berbasikal. Walaupun makan banyak, beliau sentiasa mengekalkan kepentingan bersukan dalam kehidupan seharian.

Sumber: YouTube

Sehari sebelum merakam konten, beliau tidak akan makan makanan berat dan akan giat bersenam sebagai ‘prepping’ untuk mukbang keesokan harinya. Karier beliau ni juga disokong isteri, Kekti Mazlan yang juga membuat channel mukbang. Isaac juga selalu menjengah ke channel isterinya sebagai tetamu jemputan dan kolaborasi. Sweet gitew!

Sumber: Facebook

Kini, beliau sudah memuat naik lebih 600 video ke YouTube dan melebarkan sayap ke platform media sosial lain seperti TikTok dan Instagram. Beliau juga gigih membuat konten di luar negara seperti Korea Selatan, Indonesia dan negara jiran lain untuk merakam video makanan rakyat negara luar dan berkongsi budaya Malaysia. Beliau juga banyak membuat kolaborasi dengan jenama terkenal Malaysia antaranya francais makanan MarryBrown

Walau apa pun yang beliau makan demi konten, kesihatan diri masih beliau utamakan. Ini penting bukan sahaja untuk content creator mukbang tetapi untuk kita semua juga.

Nak tahu story Isaac Osman telan cili? Korang boleh baca artikel ni.

Artikel ini ditulis oleh Sarah Nabilah.